Berita Harian

Rodrygo cipta sejarah

-

Madrid: Rodrygo menjaringk­an hatrik sensasi dan dua gol terpantas dalam sejarah Liga Juara-juara, semalam ketika Real Madrid memalukan Galatasara­y 6-0.

Pemain berusia 18 tahun itu meledak dua gol dalam tempoh hanya enam minit 14 saat di Santiago Bernabeu sebelum mengumpan kepada Karim Benzema bagi menjadikan­nya empat gol selepas Sergio Ramos menjaringk­an penalti.

Benzema kemudian menambah jaringan kelima pada babak kedua sebelum Rodrygo melengkapk­an jaringan ketiga peribadi pada masa kecederaan.

“Dia tidak mengejutka­n saya,” kata jurulatih Madrid, Zinedine Zidane. “Dia hampir memiliki semuanya. Dia bijak, dia belajar dengan pantas dan mahu belajar serta meningkat.

“Secara fizikal dia semakin bagus tetapi secara teknikal, dia tahu melakukan apa saja dengan bola.”

Kemenangan Madrid bermakna mereka tampak sudah layak daripada Kumpulan A, lima mata di depan Club Brugge, walaupun Paris Saint-germain dilihat hampir pasti berkeduduk­an teratas.

Ia bermakna skuad kendalian Zidane hanya perlukan seri untuk ke kelompok 16 terakhir tetapi itulah hukuman kerana kekalahan di Paris dan seri di laman sendiri berdepan Brugge.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia