Arsenal terus longlai

Berita Harian - - Sukan -

Portugal: Prestasi longlai Arsenal berterusan apabila skuad itu menghampir­i kelompok 32 pasukan terakhir Liga Europa dengan sekadar seri 1-1 di Vitoria Guimaraes, semalam.

Tandukan Shkodran Mustafi 10 minit sebelum tamat tampak akan memberikan Gunners tiga mata dan mengekalka­n rekod 100 peratus tanpa kalah dalam Kumpulan F.

Namun, Vitoria memastikan mata pertama mereka dalam kumpulan hasil gol penyamaan Bruno Duarte pada masa tambahan.

Arsenal kekal di kedudukan terbaik untuk mara ke kelompok kalah mati, teratas kumpulan bersama 10 mata daripada empat perlawanan awal.

Bagaimanap­un, satu lagi persembaha­n longlai dan keputusan kurang baik tidak memberikan kelegaan buat pengurus Unai Emery yang semakin tertekan.

“Dalam kejohanan ini, sasaran kami berada di tangga pertama kumpulan. Kami akan bermain dua perlawanan seterusnya untuk memastikan kami berada di kedudukan itu,” kata Emery.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.