Son dedikasi gol kepada Gomes

Berita Harian - - Sukan -

Belgrade: Son Heung-min mendedikas­ikan keraian ‘bisunya’ selepas meledak dua gol pada aksi di Serbia kepada pemain Everton yang sedang dilanda kecederaan, Andre Gomes.

Jaringan penyerang Tottenham itu ketika membantu Tottenham membenam Red Star Belgrade 4-0 mencerahka­n peluang Spurs untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juarajuara.

Pemain Korea Selatan itu tetap diturunkan sekalipun timbul persoalan terhadap keadaan psikologin­ya apabila meninggalk­an padang dengan tangisan susulan terbabit dengan kecederaan Gomes pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton, Ahad lalu.

Son yang menghantar pesanan peribadi kepada Gomes minggu ini, merapatkan kedua tangannya untuk melakukan gaya berdoa selepas jaringan pertamanya - dengan dia mengakui keraian itu sebagai tanda hormat kepada bintang Toffees terbabit.

“Saya tidak mahu meraikan jaringan kerana saya mahu menghormat­i situasi ketika ini,” kata Son.

“Saya doakan Andre Gomes sembuh secepat mungkin.”

Bercakap kali pertama selepas insiden yang menyebabka­n Gomes patah buku lali itu, Son mengakui dia sukar untuk berdepan dengan kesan emosi yang timbul selepas insiden berkenaan. “Ia sememangny­a beberapa hari yang begitu sukar. Namun ramai yang memberikan sokongan kepada saya.

“Saya boleh katakan saya mohon maaf terhadap insiden itu, namun saya perlu fokus kepada pasukan dan teruskan kerja saya. Ini tindak balas terbaik kepada semua orang yang menyokong saya.

“Saya sedar begitu beruntungn­ya saya kerana ada penyokong, rakan dan rakan sepasukan.”

(Foto REUTERS)

Son (tiga dari kanan) meledak 2 gol ketika membantu Tottenham membenam Red Star Belgrade 4-0, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.