Berita Harian

Tak patut berlaku: Syed Saddiq

-

Putrajaya: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menunggu laporan penuh daripada Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) berkenaan kemelut pemilihan kepemimpin­an baharu persatuan itu yang didakwa menghalang Datuk Kamarudin Meranun bertanding merebut jawatan presiden.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata beliau mengikuti apa yang berlaku dan sekiranya wujud salah laku dan ada pihak bermain politik, ia tidak sepatutnya berlaku sehingga ada pihak dihalang dan dikeluarka­n daripada bertanding jawatan tertentu.

Beliau menegaskan, semua persatuan sukan perlu bertanggun­gjawab untuk membangunk­an landskap sukan negara secara bersama melalui persaingan sihat bagi memastikan individu yang lebih baik dapat berkhidmat dan membangunk­an sukan negara.

“Dalam hal ini kita perlu ketepikan soal politik sehingga sampai satu tahap di mana kita tidak boleh membina landskap sukan negara kerana persatuan itu adalah nadi pembanguna­n sukan,” katanya kepada media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia