Cemar imej sukan negara

Berita Harian - - Sukan -

Kuala Lumpur: Tindakan Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) membawa wakil persatuan negeri ke London bagi menyaksika­n aksi playoff kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini dianggap mencemarka­n imej sukan tanah air.

Situasi itu bertambah buruk terutama apabila ia hampir dengan tarikh pemilihan pucuk pimpinan badan induk itu.

Justeru, bekas Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi meminta MHC tampil memberi penjelasan mengenai alasan badan induk itu sanggup mengeluark­an perbelanja­an tinggi membawa rombongan ke London.

“Akhirnya, kehadiran mereka ke London tidak memberi impak yang besar kepada pasukan hoki negara apabila gagal layak ke Sukan Olimpik. Sebaliknya, ia lebih memberi impak terhadap keputusan bagi pemilihan pucuk pimpinan baharu.

“Fair play atau permainan bersih bukan saja perlu diamalkan tetapi perlu dilihat sebagai amalan.

“Menghantar pihak berkepenti­ngan ke London secara percuma memberi gambaran atau mesej yang tidak baik kepada orang awam sekali gus memberi imej buruk kepada sukan tanah air dan MHC khususnya,” kata Kok Chi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.