Berita Harian

Optimis bidik lebih dua emas

NAAM harap penembak mampu lakukan tembakan tepat

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NAAM) tidak menyangkal mereka mampu meraih lebih daripada sasaran realistik dua pingat emas pada Sukan SEA Filipina 2019, hujung bulan ini.

Bagaimanap­un, ia hanya dapat dicapai seandainya barisan penembak negara mampu melakukan bidikan cemerlang di Lapangan Menembak Marin Filipina di Subic yang dilihat bakal menyajikan saingan sengit.

“Kami memang menyasarka­n dua emas tetapi firasat saya, kami mampu memenangi lebih daripada jumlah itu,” kata pengurus pasukan, Datuk Musa Omar.

“Apapun, semuanya bergantung kepada prestasi atlet ketika hari pertanding­an. Seperti negara lain, pasukan negara juga dibarisi penembak terbaik. Jadi, saingan terbuka untuk semua negara termasuk Singapura dan Thailand.”

Penembak Olimpik antaranya seperti Johnathan Wong, Nur Suryani Mohd Taibi akan menggalas cabaran negara dengan masing-masing akan bertanding dalam acara air pistol dan air rifle.

Turut berada dalam senarai acara air pistol adalah wakil negara di Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, Bibiana Ng manakala Mohd Lutfi Othman, Muhammad Ezuan Nasir Khan dan Shahera Rahim Raja menyertai Nur Suryani dalam acara air rifle.

Nur Suryani yang pernah menarik perhatian dunia ketika Olimpik 2012 di London - ketika itu sedang sarat mengandung - berkata, dia tetap menganggap persaingan di Sukan SEA tidak boleh dipandang ringan dan kompetitif.

“Saingan Sukan SEA lebih kurang sama seperti di Sukan Asia. Maksudnya sangat sengit dan mungkin lebih lagi berbanding Sukan Komanwel. Jurang antara setiap penembak tidak begitu jauh. Jadi, setiap penembak perlu menunjukka­n aksi terbaik jika mahu menang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia