Berita Harian

‘Messi’ pikat Cheng Hoe

Anggap Akhyar, Sumareh pencabar

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Aksi persahabat­an

Std Nasional, Bukit Jalil, 8.45 mlm

Petaling Jaya: Pemain sayap, Farhan Roslan mengakui aksi persahabat­an berdepan Tajikistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok sebagai medan terbaik untuknya memikat hati pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Farhan yang digelar sebagai ‘Messi Kedah’ mengakui pengalaman berada dalam skuad utama Kedah menjadi kekuatan buatnya tersenarai dalam senarai akhir Harimau Malaya bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand dan Indonesia pada 14 dan 19 November ini.

Dia bagaimanap­un mengakui terpaksa bekerja keras untuk meyakinkan Cheng Hoe kerana perlu bersaing dengan pemain lain termasuk Akhyar Rashid dan Mohamadou Sumareh.

“Banyak beza ketika 2014 (kali terakhir dipanggil menyertai skuad kebangsaan) kerana ketika itu saya belum ada banyak pengalaman,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.

“Jadi kali ini saya perlu lakukan yang terbaik jika diberi peluang oleh jurulatih. Saya juga banyak beraksi dalam liga bersama Kedah dan ia meningkatk­an lagi pengalaman dan rentak permainan saya,” katanya.

Selain itu, Farhan yang baru berusia 22 tahun juga menjelaska­n tiada masalah untuk menyesuaik­an diri dengan corak latihan Cheng Hoe selepas pernah bersama jurulatih itu ketika di Kedah.

“Memang ada perbezaan dari segi latihan semasa dia (Cheng Hoe) di Kedah dan skuad kebangsaan. Tapi apa yang penting dia pentingkan prestasi terbaik daripada semua pemain sama ada semasa latihan atau perlawanan,” katanya.

Sementara itu, Cheng Hoe mengingatk­an semua pemain supaya tidak terlalu tertekan dengan harapan tinggi daripada seluruh penyokong Harimau Malaya ketika berdepan Thailand dan Indonesia.

Sebaliknya, dia berharap pemain dapat memberikan fokus lebih 100 peratus terhadap misi mendapatka­n positif dalam dua perlawanan itu.

“Kita kena ada keyakinan untuk berdepan mana-mana pasukan sekali pun. Saya sentiasa pesan kepada pemain untuk beri fokus sepenuhnya terhadap perlawanan.

“Memang harapan tinggi diletakkan untuk pasukan meraih kemenangan tapi apa yang penting kita perlu tampil dengan aksi terbaik,” katanya.

 ?? Grafik BH (Foto BERNAMA) ?? Farhan (depan) berlatih bersama skuad Harimau Malaya untuk perlawanan persahabat­an berdepan Tajikistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok
Grafik BH (Foto BERNAMA) Farhan (depan) berlatih bersama skuad Harimau Malaya untuk perlawanan persahabat­an berdepan Tajikistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia