Berita Harian

Fayadh harap ‘lepas’ ke Filipina

-

Kuala Lumpur: Kejayaan menjulang Piala FA dan muncul naib juara Piala Malaysia bersama Kedah jadi ‘bekal’ buat Mohamad Fayadh Mohd Zulkifli Amin merebut slot dalam senarai akhir yang akan bawa cabaran negara ke Sukan SEA Filipina 2019, hujung bulan ini.

Sebagai pemain meningkat naik, Mohamad Fayadh tidak dapat menafikan keinginan beraksi di temasya terbesar Asia Tenggara itu dan menyifatka­nnya sebagai pertanding­an terbesar sepanjang kariernya.

“Mungkin ini kelebihan yang saya ada apabila memiliki pengalaman bermain dalam Liga Super dan Piala Malaysia. Pastinya semua itu akan beri lebih keyakinan kepada saya untuk menjalani latihan di sini.

“Ketika beraksi bersama Kedah, saya sudah buktikan hingga dipilih ke sesi latihan pasukan negara. Jadi, saya akan buktikan kepada jurulatih di Kedah yang saya boleh berada dalam skuad bawah 23 (B-23) negara,” katanya.

Selain mampu membuktika­n pemilihann­ya ke latihan pusat sebagai tindakan tepat, pemain bertubuh kecil itu juga bertegas tiada apa-apa tekanan membelengg­u dirinya untuk memikat hati ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.

Malah, dia mengakui keinginann­ya untuk beraksi pada temasya dwitahunan itu membuak-buak untuk cipta sejarah baharu dalam kariernya.

“Sebelum ini pernah dapat panggilan untuk Piala Newspaper. Ketika ini saya jalani latihan seperti biasa dan tidak berasakan sebarang tekanan.

“(Kalau terpilih) Memang ini pertanding­an terbesar dalam karier saya. Ada juga perasaan takut kerana semua orang tahu cabarannya pasti lebih hebat berbanding sebelum ini,” katanya.

 ??  ?? Mohamad Fayadh
Mohamad Fayadh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia