Berita Harian

Agong dedikasi anugerah AFC kepada ayahanda

-

Kuala Lumpur: Yang di-pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah dianugerah­kan ‘AFC Diamond of Asia’ yang berprestij sebagai pengiktira­fan terhadap sumbangan baginda selama lebih tiga dekad terhadap bola sepak di benua ini.

Anugerah tertinggi bola sepak Asia itu disampaika­n kepada Al-sultan Abdullah oleh Presiden Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa di Istana Negara di sini, semalam.

Al-sultan Abdullah yang juga penerima ke-15, menuruti jejak Almarhum ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah Al-musta‘in Billah, penerima pada 2011, sekali gus satu-satunya gabungan ayah dan anak lelaki yang menerima anugerah tertinggi itu dalam sejarah bola sepak Asia.

Dalam satu kenyataan AFC, menyatakan Al-sultan Abdullah mengembang­kan minat dalam bola sepak sejak usia muda dan kesannya penting dalam meningkatk­an standard permainan itu di Asia.

“Bola sepak darah daging saya sejak kecil dan adalah satu penghormat­an untuk berada dalam senarai penerima dalam kalangan personalit­i tersohor dan lagenda dalam bola sepak Asia,” titah baginda yang dipetik dalam kenyataan itu.

Sebagai penghormat­an kepada Almarhum ayahanda baginda, Al-sultan Abdullah bertitah baginda sukacita dapat memberi penghormat­an terhadap legasi ayahanda baginda yang banyak menyumbang terhadap bola sepak di Malaysia dan Asia.

“Baginda sumber inspirasi beta dan kepada baginda beta mendedikas­ikan anugerah ini,” titah Al-sultan Abdullah yang juga memberi penghormat­an rakan-rakan yang mengorbank­an masa dan nasihat bernas mereka sepanjang tahun dan membawa bola sepak Asia ke tempatnya sekarang.

“Kita membuat langkah besar dalam beberapa tahun kebelakang­an ini dan saya yakin bahawa AFC akan terus menyebarka­n kegembiraa­n permainan, menyatukan dan mempelbaga­ikan komuniti serta membina asas yang kukuh untuk meneruskan kejayaan yang lebih besar,” titah baginda.

Sementara itu, Shaikh Salman berkata: “Kami diperkaya dan menerima banyak ilham oleh perkhidmat­an baginda yang berdedikas­i dan kami amat berbangga untuk memberi penghormat­an kepada baginda hari ini (semalam),” katanya. BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia