Berita Harian

Terengganu FC ikat Faris Ramli

-

Kuala Terengganu: Selepas dua musim ‘diulit’ pemain Kemboja, Terengganu FC (TFC) akhirnya beralih ‘selera’ ke seberang tambak apabila mengikat pemain tengah Singapura, Muhamad Faris Ramli untuk mengharung­i Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Kemasukan bekas pemain PKNS FC itu adalah untuk mengisi kuota pemain ASEAN selepas pengurusan skuad Penyu mengambil keputusan menggugurk­an pemain dari Kemboja yang dilahirkan di Perancis, Thierry Chantha Bin.

TFC pantas membuat kerja untuk mendapatka­n pengganti Chantha Bin apabila bekas pemain Hougang United itu sudah menandatan­gani kontrak selama setahun, Selasa lalu.

“Ya, pemain itu (Faris) sah menjadi milik pasukan TFC musim depan selepas menandatan­gani kontrak selama setahun.

“Kami tuntut pemain itu serasi dengan rakan sepasukan dan beraksi dengan baik dalam mengharung­i kancah liga yang kian mencabar,” kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddi­n Abdul Karim.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia