Harimau beraksi dalam Liga M

Pacu prestasi pasukan kebangsaan

Berita Harian - - Sukan - Oleh Mohd Fitrie Muhamad [email protected]

Kuala Lumpur: Cadangan bekas pemain kebangsaan, Datuk Santokh Singh supaya memperkena­lkan dua pasukan kebangsaan dilihat bertepatan untuk memacu prestasi Harimau Malaya ke arah lebih baik.

Bagi memastikan kelangsung­an pasukan kebangsaan A dan B, kedua-duanya perlu diberi peluang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) seperti yang pernah dilaksanak­an kepada skuad Olimpik 2000 sebelum ini.

Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Ridzuan

Sheikh Ahmad berkata, beliau menyokong cadangan itu namun ia perlu mendapat persetujua­n daripada pasukan negeri dan kelab tempatan.

“Pada pendapat saya, ia bagus seperti yang pernah kita ada sebelum ini dan cadangan ini masih relevan untuk diguna pakai ketika ini. Kita kumpul pemain terbaik dan beri mereka beraksi dalam liga tempatan.

“Apapun, kita perlu mendapat persetujua­n daripada pasukan negeri dan kelab kerana agak sukar untuk mereka melepaskan pemain terbaik mereka miliki. Kita kena ada formula terbaik jika mahu laksanakan cadangan ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada pertemuan dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kelmarin, Datuk Santokh Singh berasakan perlu ada pasukan ‘back-up’ untuk memastikan kelangsung­an Harimau Malaya setiap kali perlawanan, contohnya pasukan A dan B yang sama-sama kuat.

Langkah itu bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah sekiranya skuad utama kehilangan tonggak dan terus boleh diganti dengan pemain daripada pasukan B.

Dalam masa sama, Ridzuan berkata Penunjuk Prestasi Utama (KPI) perlu ditetapkan kepada seseorang pemain bagi memastikan hanya mereka yang layak beraksi bersama pasukan negara.

“Pemain yang dipilih bersama pasukan kena bekerja lebih daripada orang lain. Kalau mereka tidak capai apa yang ditetapkan, mereka juga boleh disingkir daripada pasukan.

“Sebab itu saya berpendapa­t langkah ini tidak akan menutup peluang pemain daripada pasukan lain. Jika mereka benar-benar bagus, mereka tetap berpeluang diserap masuk ke dalam skuad negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.