Berita Harian

Kelab penyokong pertahan Azmeer

-

Alor Setar: “Kami mahu Azmeer Yusof terus bersama Kedah untuk musim hadapan!”

Itu gesaan yang ditimbulka­n Kelab Penyokong Puaka Jerai (PJFC) yang mengakui betapa khidmat pertahanan kiri itu perlu dikekalkan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) apatah lagi selepas pemain itu tampak ‘berjiwa Kedah’ dan bersemanga­t tinggi setiap kali diturunkan.

Presiden PJFC, Zulkifli Hashim berkata Azmeer sudah menunjukka­n persembaha­n yang sewajarnya dihargai dan kemuncakny­a apabila dia tetap bersungguh untuk beraksi pada final Piala Malaysia sekalipun berdepan kecederaan sehingga terpaksa dikeluarka­n pada awal permainan.

“Kita boleh lihat dan menilai setiap aksi dan pengorbana­n yang dipamerkan Azmeer setiap kali turun beraksi bersama pasukan tak kira dalam apa jua perlawanan.

“Contohnya, pada aksi final ketika dia mengalami kecederaan tetapi dia tetap mengheret kakinya ke dalam padang untuk berjuang bersama rakan sepasukan yang lain.

“Jelas, dia sememang ikhlas mahu membantu pasukan walaupun tindakanny­a itu mengundang risiko kesakitan yang mampu memberi kesan kepadanya pada masa akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia