Berita Harian

KPDNHEP tahan peniaga jual barang tiruan

-

Sandakan: Seorang peniaga tempatan ditahan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini, semalam kerana menjual barangan disyaki tiruan dengan harga jualan hampir sama seperti barangan asli.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan selepas serbuan ke atas premis miliknya menemui 194 barangan pelbagai jenis yang meniru jenama Adidas, antaranya kasut, selipar, topi dan beberapa lagi dianggarka­n bernilai RM6,300.

Ketua Cawangan KPDNHEP Sandakan, Mohamad Hashim, berkata pihaknya melakukan operasi ke atas premis terbabit susulan aduan diterima daripada pemegang cap dagang jenama itu, kira-kira jam 10 pagi semalam.

“Lelaki itu ditahan untuk dirakam percakapan dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(2)

(c) Akta Perihal Dagangan 2011, sebelum dibebaskan.

“Kita akan jalankan pemeriksaa­n berterusan ke atas premis yang menjual barang tiruan. Kita nasihatkan peniaga jangan menjual barang tiruan kerana bukan saja merugikan pemilik cap dagang dan menjejaska­n kreativiti mereka, malah boleh dikenakan tindakan undangunda­ng,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNHEP Sandakan, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia