Berita Harian

Cubaan seludup 1,060 karton rokok gagal

-

Tawau: Kecekapan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 1,060 karton rokok bernilai RM179,000 di Perairan Ice Box, di sini kelmarin.

Timbalan Pengarah Zon Operasi Maritim Malaysia Tawau, Komander Mohd Yusri Hussin, berkata anggota bot peronda, Kilat 98, sedang menjalanka­n Ops Pluto Timur sebelum mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigak­an pada kedudukan tiga batu nautika dari kawasan selatan Sungai Tawau, kira-kira jam 11.40 malam.

Bagaimanap­un, katanya, bot berkenaan bertindak memecut ke kawasan perkampung­an atas air berhampira­n sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Ketika cuba dipintas, bot terbabit mengalami masalah enjin sebelum terkandas di perairan berkenaan. Pada masa yang sama, dua suspek lelaki bertindak nekad terjun ke laut sebelum meloloskan diri ke perkampung­an air berhampira­n,” katanya sidang media di Pejabat Maritim Malaysia Tawau, di sini semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia