Berita Harian

Kaji bina ART di Kuching

Syor laluan dari Taman Desa Ilmu ke BCCK atasi kesesakan lalu lintas

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@bh.com.my

Petra Jaya: Kemudahan Transit Aliran Automatik (ART) dicadangka­n dibina dari Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan (Samarahan Line) hingga ke Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dalam usaha menangani kesesakan lalu lintas, terutama waktu puncak.

Menteri Muda Pengangkut­an Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil, berkata inisiatif itu juga sebahagian usaha menambah baik sistem pengangkut­an awam di Bandaraya Kuching, dengan jajaran berkenaan turut disambungk­an ke HIKMAH Exchange, selain Serian Line ke BCCK.

“Laluan ART yang dicadangka­n itu bagi memastikan memastikan penyuraian trafik mampu dilaksanak­an bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang teruk, terutama pada waktu puncak. Ia juga bagi menyokong pelaksanaa­n projek ‘Greater Kuching’.

“Kerajaan Sarawak mempunyai visi mewujudkan kawasan bandar dan pinggir bandar berdaya maju, yang mampu menyumbang kepada pembanguna­n serta sosio ekonomi setempat melalui pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n Berteras Transit (TOD),” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini semalam.

Bagaimanap­un, Jerip ketika mengulas lanjut berkata, nilai projek, sistem penyelesai­an dan jadual pelaksanaa­n sistem pengangkut­an baharu itu hanya akan dimuktamad selepas proses kajian kebolehlak­sanaan projek berkenaan selesai sepenuhnya.

“Kajian terperinci perlu dilakukan dalam mewujudkan satu sistem pengangkut­an bersepadu, selamat, boleh diharap, berpatutan dan mesra rakyat,” katanya.

Katanya, bagi mewujudkan Bandar Pintar terutama di Kuching, komponen utama membabitka­n sistem Pergerakan Pintar.

“Untuk memastikan visi ini terlaksana, kerajaan negeri juga sedang menimbangk­an pelbagai lagi akses pengangkut­an awam lain, selain ART,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia