Serangan ‘bajet udara panas’ gamatkan semula Dewan

Berita Harian - - Sabah&sarawak -

Petra Jaya: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sekali lagi gamat dengan serangan ‘bajet udara panas’ yang disamakan dengan model pinjaman syarikat bermasalah, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Ketua Pembangkan­g, Chong Chieng Jen, berkata permohonan kelulusan dana bagi tujuan pembanguna­n dalam Belanjawan 2020 Sarawak membabitka­n RM6.5 bilion sahaja, sedangkan jumlah sebenar seperti dimuatkan dalam dokumen belanjawan boleh mencapai RM20 bilion.

“Tiga inisiatif projek pembanguna­n luar bandar membabitka­n dana RM13.3 bilion, program pelaksanaa­n bekalan air terawat dan bekalan elektrik (RM3.7 bilion) serta RM400 juta bagi pelaksanaa­n pelbagai inisiatif ekonomi digital.

“Dengan tiga inisiatif ini saja sudah melebihi RM16 bilion. Bagaimanap­un, Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg) dalam ucapannya hanya memohon RM6.5 bilion saja.

“Daripada mana baki lebih RM13 bilion mahu diperoleh?” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, ketika sesi perbahasan di DUN Sarawak di sini, semalam.

Chieng Jen berkata, jumlah berkenaan tidak termasuk pelbagai projek impak tinggi yang membabitka­n dana RM5.14 bilion.

“Abang Jo (Abang Johari) turut memaklumka­n mengenai ‘model pinjaman alternatif’ menerusi Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS). Sekiranya kerajaan negeri mahu meminjam lebih RM13 bilion, itu satu bahana besar kepada Sarawak kerana tanggungan hutang,“katanya.

Tegas beliau, langkah kerajaan negeri itu dibuat demi memastikan off budget accounting dengan jumlah dalam ‘balance sheet’ tidak menggambar­kan nilai sebenar kedudukan kewangan kerajaan negeri.

“Tindakan itu adalah bersamaan dengan model 1MDB diguna pakai Najib (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak), yang meminjam pada kadar besar sehingga kerajaan terpaksa menanggung liabiliti hutang berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Chieng Jen berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini sangat takut dengan keputusan Kerajaan Persekutua­n menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutua­n (MPKKP), susulan penduduk luar bandar mempunyai alternatif, berbanding JKKK” katanya.

“Mereka (GPS) menggunaka­n JKKK untuk menakutkan penduduk luar bandar, jika tidak undi Barisan Nasional (BN) atau GPS kini, penduduk tidak dapat batu untuk buat jalan. GPS tidak lagi dapat membuli rakyat di luar bandar lagi selepas ini,”katanya.

Chong Chieng Jen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.