Pemimpin DAP Sarawak sokong saman PETRONAS

Berita Harian - - Sabah&sarawak -

Kuching: Pemimpin DAP Sarawak menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri itu untuk menyaman Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) jika gagal membayar cukai jualan lima peratus daripada eksport minyak dan gas yang digali dari Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong, berkata pihaknya bersedia membantu kerajaan Sarawak mengheret PETRONAS ke mahkamah, jika syarikat minyak dan gas multinasio­nal itu berkeras enggan menjelaska­n cukai jualan yang dituntut itu.

“Kami melakukan ini demi rakyat Sarawak dan kami bersedia hadir ke mahkamah jika kerajaan Sarawak mahu menyaman PETRONAS,” katanya pada sidang media bersama beberapa pemimpin DAP Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN), petang kelmarin.

Terdahulu, Violet menyatakan pendiriann­ya itu menerusi usul yang dibentangk­an pada persidanga­n DUN, supaya kerajaan Sarawak menyaman PETRONAS jika gagal membayar cukai jualan lima peratus daripada eksport minyak dan gas yang digali dari Sarawak.

Malah, ketika ditanya berulang kali oleh Speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar mengenai pendiriann­ya itu, Violet menjawab ‘Ya’ dan beliau juga yakin rakan dalam Pakatan Harapan (PH) Sarawak akan menyokongn­ya.

Bagaimanap­un, usul Violet itu ditolak oleh Mohd Asfia atas sebab sebahagian kandungann­ya yang tidak sesuai.

Pada masa sama, Violet berharap kerajaan Sarawak serius dalam keputusann­ya menuntut cukai jualan lima peratus daripada PETRONAS, termasuk menyaman syarikat itu jika gagal membayarny­a.

(Foto Melvin Joni/bh)

Violet Yong (duduk) pada sidang media bersama beberapa pemimpin DAP Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN), petang kelmarin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.