Berita Harian

Subahan simpati nasib Kamarudin

-

Semua tohmahan saya bersabar dan akan mengambil tindakan selepas AGM pada 16 November ini.

Subahan Kamal, Presiden MHC

Kuala Lumpur: Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal mengambil pendekatan bersabar dengan sebarang tohmahan yang dilemparka­n terhadap dirinya selepas diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan itu untuk penggal 2019/2023.

Bagaimanap­un, beliau menerusi kenyataan yang dilaporkan Harian Metro tidak menolak untuk mengambil tindakan sebaik tamat Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MHC pada 16 November ini.

“Semua tohmahan saya bersabar dan akan mengambil tindakan selepas AGM pada 16 November ini. Kekuatan saya adalah keikhlasan dan kerajinan.

“Empat tahun pentadbira­n dijalankan dengan begitu baik sehingga mendapat lima bintang daripada Pejabat Pesuruhjay­a Sukan (PPS). Hutang (pentadbira­n terdahulu) yang ditinggalk­an sudah saya jelaskan berjumlah RM2.6 juta.

“Jadi, tidak perlu saya komen lebih dengan ahli gabungan tahu menilai. Hanya simpati dengan Datuk Kamarudin Meranun yang juga sahabat saya digunakan orang tertentu untuk kepentinga­n mereka,” kata Subahan yang dipetik dalam laporan itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Perundanga­n MHC, Jadadish Chandra ketika mengumumka­n senarai calon layak bertanding bagi pemilihan pucuk pimpinan MHC sempena AGM kali ini memberitah­u Subahan yang mendapat 13 pencalonan bakal diumumkan sebagai menang tanpa bertanding pada mesyuarat itu nanti selepas Kamarudin yang menjadi pencabarny­a hanya mendapat dua pencalonan.

Mengikut perlembaga­an MHC, tiga pencalonan diperlukan untuk membolehka­n seseorang itu bertanding bagi merebut jawatan presiden.

Bagaimanap­un, pada satu sidang media khas kelmarin, Timbalan Presiden Persatuan Hoki Johor (JHA), Datuk Majid Manjit Abdullah mendedahka­n Kamarudin mendapat pencalonan ketiga daripada Persatuan Hoki Kedah (KHA) sebelum ada individu yang menukar senarai calon dihantar badan induk itu pada saat akhir.

Susulan kemelut itu, Majid memaklumka­n semua calon daripada kem Kamarudin menarik diri daripada pemilihan yang akan berlangsun­g kali ini.

Ia termasukla­h dirinya sendiri yang dicalonkan sebagai naib presiden selain calon timbalan presiden wanita, K Maheswari sekali gus menyaksika­n penyandang, Prof Datuk Dr S Shamala menang tanpa bertanding.

Tiga lagi calon naib presiden, Datuk Ow Soon Kooi, Datuk Che Khalib Mohamad Noh dan Lum Sau Foong turut menarik diri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia