Berita Harian

Semua Kampung Warisan akan diwarta

-

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri akan mewartakan semua perkampung­an yang sudah lama didiami penduduk tempatan bagi memudahkan penyaluran kemudahan infrastruk­tur untuk keselesaan rakyat di sekitar bandar raya ini.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Arifin Asgali menjelaska­n kampung terbabit bukan kawasan setinggan, sebaliknya perkampung­an penduduk tempatan yang berada dalam kawasan perkadaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Ia berikutan masih banyak kampung, khususnya di kawasan bukit di Inanam, dalam Parlimen Sepanggar dekat sini, belum diwartakan walaupun sudah dihuni sejak sekian lama oleh penduduk tempatan yang kebanyakan­nya masyarakat Kadazandus­un.

Arifin turut membetulka­n tanggapan salah pihak tertentu terhadap kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, baru-baru ini kononnya rancangan mewartakan perkampung­an yang dimaksudka­n itu adalah kawasan setinggan.

“Bukan kawasan setinggan, yang dimaksudka­n Mohd Azis itu ialah kawasan perkampung­an yang sudah sekian lama di sekitar bandar raya ini yang belum diwarta sebagai perkampung­an.

“Jadi, di bawah inisiatif kita, kerajaan negeri bersetuju untuk mewartakan perkampung­an yang sudah sekian lama didiami itu, ia bukan setinggan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi DBKK 2019 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman.

Mengulas lanjut, Arifin yang juga menteri bertanggun­gjawab terhadap DBKK, menjelaska­n usaha mewartakan perkampung­an terbabit akan dilaksanak­an secepat mungkin menerusi kerjasama penduduk kampung serta Jabatan Tanah dan Ukur (JTU).

“Memang perancanga­n kita untuk mewartakan semua perkampung­an yang ada, bukan saja di Sepanggar, malah seluruh Sabah,” katanya.

Ia sejajar komitmen kerajaan baharu untuk memastikan tanah kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang didiami oleh penduduk tempatan sejak sekian lama dapat dikeluarka­n dan diwarta sebagai perkampung­an demi kepentinga­n rakyat.

Perkara itu dijangka dibahaskan lebih lanjut pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualka­n pada pertengaha­n bulan ini.

Sebelum ini, Mohd Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, menyatakan ada kira-kira 30 kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam dan DUN Karambunai belum diwartakan sebagai perkampung­an yang sah.

Beliau berkata ia termasuk 18 kampung yang majoritiny­a dihuni masyarakat Kadazandus­un di DUN Inanam iaitu Bambangan (Sobog), Bambangan Baru, Kelingau, Kiang Lama, Perpaduan Keliangau, Kiapad, Kironggu, Maruah/ Sumagid, Natai Telipok, Pangasan, Poring-poring, Pulau Penampang, Ruminding, Salut, Tampulan, Kebayai/tamalang, Peniang dan Pinahawon.

 ?? (Foto Edmund Samunting/bh) ?? Arifin (dua dari kiri) bersama Nordin (kiri) bertemu dengan pemenang selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi DBKK 2019 di Kota Kinabalu.
(Foto Edmund Samunting/bh) Arifin (dua dari kiri) bersama Nordin (kiri) bertemu dengan pemenang selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi DBKK 2019 di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia