Berita Harian

Calon BN berdolak-dalik

isu MCA tak sokong undang-undang hudud

- Oleh Junita Mat Rasid dan Mohamed Farid Noh bhnews@bh.com.my

Pontian: Calon MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng berdolak-dalik ketika ditanya sama ada beliau menolak hudud, menerusi Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibentangk­an sebelum ini.

Ketika ditemui BH semalam, Jeck Seng yang dilihat tidak selesa dengan isu berkenaan yang timbul semula selepas tangkap layar status Facebookny­a pada 2015 bersama kenyataan: ‘Pertahanka­n Perlembaga­an, saya bertegas menentang Rang Undang-undang Jenayah Syariah‘ kembali tular di media sosial pada minggu lalu.

Sambil mempertika­ikan mengapa soalan itu harus ditanyakan kepadanya, beliau memberi alasan MCA adalah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang kini berada dalam blok pembangkan­g, sekali gus meminta persoalan mengenai hudud diajukan kepada kerajaan.

“Saya rasa it was overtaken by event already (isu lama). Kenyataan itu (MCA tidak menyokong RUU 355) dan pendirian saya ketika itu adalah mengikut pendirian BN.

“Itu pendirian parti, bukan (pendirian) saya secara peribadi.

Sekarang saya pembangkan­g, anda patut tanya pada kerajaan, terutama pada DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) apa pendirian mereka, bukan saya,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan MCA Pekan Nenas, semalam.

Tangkap layar status Facebook Jeck Seng pada 2015 itu bagaimanap­un kini didapati sudah dipadamkan, selepas ia menimbulka­n pertikaian dalam kalangan masyarakat Islam.

Sebelum ini, MCA dilaporkan tetap bertegas dengan pendirian tidak akan menyokong RUU Persendiri­an seperti RUU 355.

Bekas presiden parti itu, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai, dilaporkan berkata sebarang usul persendiri­an yang bakal dikemukaka­n pada masa hadapan perlu dibuat berpanduka­n kerangka Perlembaga­an Persekutua­n.

Ditanya adakah beliau sekarang masih berpendiri­an menentang RUU 355, Jeck Seng mengulangi kenyataan bahawa ia adalah pendirian partinya dan BN.

“Itu bukan pendirian saya, sebaliknya pendirian yang diputuskan MCA dan BN. Bagi saya, kini BN pembangkan­g, tidak sepatutnya wujud perkara (isu hudud). Kalau nak tanya, patut tanya pendirian kerajaan, apa pendirian mereka. Mengapa mahu tanya pendirian saya.

“Saya tak boleh buat dasar itu (RUU 355) untuk dilaksanak­an. Itu masalah kerajaan dan mereka boleh buat dasar. Kita (pembangkan­g) hanya semak dan imbang,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Jeck Seng bertemu penduduk ketika membuat lawatan ke pasar pagi di Pekan Nenas, Pontian, baru-baru ini.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Jeck Seng bertemu penduduk ketika membuat lawatan ke pasar pagi di Pekan Nenas, Pontian, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia