Berita Harian

Rajawali bincang beli balik saham Eagle High

Syarikat, FELDA masih cari keputusan terbaik untuk jangka panjang

- Oleh Kamarulzai­di Kamis dan Nora Mahpar bhbiz@bh.com.my

Rajawali Group dan FELDA terus mencari penyelesai­an terbaik dalam isu urusan jual beli saham syarikat Indonesia, PT Eagle High Plantation­s TPK (Eagle High), termasuk membeli balik 37 peratus saham syarikat perladanga­n itu pada harga jualan sebelumnya, AS$505 juta (RM2.1 bilion) dan kadar faedah sebanyak 6.0 peratus setahun.

Sumber rapat industri berkata, ia adalah antara penyelesai­an yang dibincangk­an antara Rajawali Group, syarikat pelaburan berpangkal­an di Jakarta yang dikuasai hartawan terkemuka, Tan Sri Peter Sondakh dengan FELDA menerusi sesi dialog yang sudah beberapa kali diadakan.

Rajawali Group ketika dihubungi BH mengesahka­n ia sedang berbincang dengan FELDA bagi menyelesai­kan perkara itu.

“Rajawali Group terus berusaha menerusi sesi dialog konstrukti­f dengan FELDA, rakan kongsi kami dalam Eagle High, bagi mencapai keputusan terbaik dalam pelaburan bersama ini untuk jangka panjang.

“Bagaimanap­un, perbincang­an kami ini belum mencapai satu tahap yang mana kami boleh mengumumka­n sebarang perkembang­annya,” kata wakil rasmi syarikat berkenaan menerusi pesanan ringkas.

FELDA ketika dihubungi, bagaimanap­un enggan mengulas perkembang­an berkenaan.

Pada April lalu, FELDA membuat laporan polis mendakwa ditipu dalam urusan jual beli saham Eagle High pada harga AS$505 juta (RM2.1 bilion) berbanding harga sebenar AS$114 juta (RM520 juta) di pasaran pada Disember 2016.

Laporan polis itu dibuat Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr Othman Omar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengarahka­n FELDA membuat transaksi pada 2016 melalui syarikat tujuan khas (SPV) FIC Properties Sdn Bhd (FPSB) dengan PT

Rajawali Corpora.

Othman berkata, tawaran untuk membeli Eagle High yang dimiliki Sondakh, individu yang dikatakan rakan Najib, diberikan kepada beberapa agensi, termasuk FGV Bhd, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia (MRB).

Sebelum itu, pada Februari, The Straits Times Singapura melaporkan FELDA bercadang melupuskan peganganny­a dalam Eagle High dan menuntut kembali lebih AS$500 juta yang dilaburkan ke atas ladang kelapa sawit serta aset pengeluara­n berkaitan gula di Indonesia pada Mei 2017.

FELDA dilaporkan ingin menjual semula kepentinga­n ekuitinya pada harga pembelian AS$505.4 juta bersama faedah tahunan enam peratus yang harus ditanggung syarikat Indonesia berkenaan.

Rajawali Group terus berusaha menerusi sesi dialog konstrukti­f dengan FELDA, rakan kongsi kami dalam Eagle High, bagi mencapai keputusan terbaik dalam pelaburan bersama ini untuk jangka panjang.

Sumber

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia