Berita Harian : 2019-11-08

Nasional : 20 : 20

Nasional

20  JUMAAT, 8 NOVEMBER 2019 Nasional Dewan Rakyat Maszlee Malik, Ahmad Tarmizi Sulaiman, Menteri Pendidikan Ahli Parlimen PAS Perkenal sistem baharu bayar tuntutan IPG Kuala Lumpur: Kerajaan akan memperkena­lkan sistem baharu bagi membayar tuntutan Insentif Pengeluara­n Getah (IPG) kepada pekebun getah secara dalam talian. Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, menjelaska­n sistem itu kini dalam tempoh percubaan yang dilaksanak­an di tujuh negeri. “Kita sedang melakukan percubaan pembayaran (tuntutan IPG) secara dalam talian. Sistem ini belum ada nama, mungkin e-rubber. Dengan kaedah ini, kita dapat pastikan setiap pemberian insentif akan dibayar terus ke dalam akaun sama ada pemilik atau pekebun kecil. “Setakat ini, kita sedang cuba di tujuh negeri dan kita ada antara 23,000 hingga 24,000 pekebun kecil yang mendapat manfaat daripada sistem ini,” katanya menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-SIK) sama ada kerajaan akan menyemak semula mekanisme proses tuntutan IPG. Shamsul Iskandar berkata, jika sistem itu berjalan lancar, ia akan dilaksanak­an di seluruh negara.

© PressReader. All rights reserved.