Berita Harian : 2019-11-08

Ibrah : 56 : 56

Ibrah

56 JUMAAT, 8 NOVEMBER 2019 Ibrah Sambutan Maulidur Rasul bersemarak seluruh dunia Maulidur Ketua Pengarah Yayasan Tabah, Habib Ali al-jifri turut menyebut keharusann­ya dalam Islam, selain Dr Yusuf al-qaradawi. Pada hari istimewa itu, umat Islam mengenang kembali saat kelahiran Baginda SAW yang merakamkan banyak peristiwa menarik, perjalanan hidup sejak dari dalam kandungan bonda tercinta hingga diangkat sebagai penutup kerasulan serta kenabian. Uniknya, kisah kelahiran bayi yang disambut dengan rasa sukacita keluarga Bani Hasyim itu tidak jemu didengar biarpun jalan cerita sama diulang saban tahun. Peristiwa itu tidak terjadi secara kebetulan kerana ia perancanga­n Allah SWT yang sudah diceritaka­n terlebih dahulu dalam risalah kerasulan sebelum Baginda, selain dicatatkan dalam Taurat dan Injil. perarakan, syarahan, dan sedekah. Mengimbau sejarah sambutanny­a, ahli fiqh, sejarawan dan juga ahli tafsir, Imam Ibnu aljauzi berkata, penduduk Makkah dan Madinah, Mesir, Yaman, Syria serta kota di timur dan barat Tanah Arab meraikan Rabiulawal. Masyarakat Islam menghiasi diri dengan pakaian terbaik, memakai wangi-wangian dan bersedekah untuk melahirkan kegembiraa­n menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sheikh al-islam Imam Ibnu Hajr al-haytami mencatat perhimpuna­n Maulidur Rasul lebih menjurus kepada amalan baik seperti bersedekah, berzikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW. Sementara itu, sejarawan dan pengembara terkenal, Ibnu selawat puisi tradisiona­l mengenai kehidupan Nabi Muhammad SAW di masjid dan rumah pada waktu petang. Di Tunisia pula, umat Islam menyanyika­n qasidah puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW. Ada juga negara menyambutn­ya dengan meriah seakan-akan karnival dihiasi dengan perarakan dan acara memberi makan. Di India, sebahagian umat Islam menyambut Maulidur Rasul dengan mengadakan qiamullail. Apapun bentuk sambutanny­a, ia cara mengungkap­kan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW seperti ditekankan ulama Islam, antaranya bekas Mufti Besar Mesir dan ahli hadis, Sheikh Ali Gomaa. Selain itu, ulama besar kelahiran Makkah Almarhum Sheikh Sayyid Muhammad Alawi al-maliki dan pengasas serta Rasul sangat istimewa dalam kalendar Islam dan diisytihar cuti umum di kebanyakan negara Islam. Hakikatnya, sejarah sambutan Maulidur Rasul bermula zaman awal Islam apabila golongan tabi’in (anak murid sahabat Nabi Muhammad SAW) mengadakan sesi membaca puisi dan qasidah dicipta untuk memuliakan Baginda serta diperdenga­rkan kepada umum. Sultan Uthmaniyya­h pada abad ke-16, Selim II, mengisytih­arkan cuti rasmi dan mengarahka­n menara diterangi cahaya sebagai meraikan Maulidur Rasul atau disebut Maulid Nabi di beberapa negara Arab. Secara umumnya, sambutan Maulidur Rasul hukumnya harus hingga kita dapat saksikan sebahagian besar umat Islam meraikanny­a dengan mengadakan Battuta dalam bukunya menceritak­an sambutan Maulidur Rasul di Makkah secara terperinci. “Pada setiap Jumaat dan selepas hari keputeraan Nabi SAW, pintu Kaabah dibuka Ketua Bani Shayba yang memegang kunci pintunya. “Ketua Hakim Makkah Mukaramah, Najmuddin Muhammad Ibnu al-imam Muhyi al-din altabari mengagihka­n makanan kepada keturunan Nabi Muhammad SAW yang dikasihi dan penduduk Makkah,” tulisnya. Hakikatnya, Maulidur Rasul bukan sahaja disambut di negara Islam, bahkan negara yang mempunyai penduduk Islam seperti India, United Kingdom (UK), Sri Lanka, Perancis, Jerman, Itali, Russia dan Kanada. Di Turki, sambutan Maulidur Rasul disambut dengan bacaan Rihlah

© PressReader. All rights reserved.