Berita Harian

Pemandu tiada lesen sah, positif dadah

-

Balik Pulau: Pemandu bas yang merempuh motosikal hingga menyebabka­n seorang pelajar terbunuh petang kelmarin, dikesan positif dadah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superinten­dan A A Anbalagan, berkata saringan awal mendapati pemandu bas berusia 49 tahun itu positif dadah jenis methamphet­amine.

Beliau berkata, pemeriksaa­n juga mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Beliau berkata, suspek sudah dikenakan perintah tahanan reman selama dua hari untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan itu.

Perintah reman terbabit dikeluarka­n Majistret Ahmad Tajuddin terhadap lelaki berusia 49 tahun itu di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, seorang pelajar lelaki maut selepas dirempuh bas di Jalan Dato Ismail Hasyim di Bayan Lepas.

Muhammad Saifullah Muhammad

Hafeiz, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketika kejadian, Saifullah yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ara, dan bekerja sambilan dengan Pizza Hut, dikatakan dalam perjalanan menghantar pesanan kepada pelanggan.

Anbalagan berkata, pemandu wanita dan dua anaknya yang turut cedera dalam nahas itu selepas kereta dinaiki mereka dirempuh bas berkenaan, menerima rawatan di sebuah hospital swasta dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Siasatan awal mendapati bas itu mengalami masalah brek, namun polis tetap menjalanka­n ujian air kencing terhadap pemandu bas berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal/bh) ?? Sebuah bas hilang kawalan menyebabka­n seorang pelajar maut di persimpang­an empat lampu isyarat Setia Triangle Bayan Lepas, petang kelmarin.
(Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal/bh) Sebuah bas hilang kawalan menyebabka­n seorang pelajar maut di persimpang­an empat lampu isyarat Setia Triangle Bayan Lepas, petang kelmarin.
 ??  ?? Pemandu bas direman dua hari bantu siasatan nahas maut.
Pemandu bas direman dua hari bantu siasatan nahas maut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia