Berita Harian

Pelajar tahfiz dipercayai kena dera meninggal

Mohammad Aimin dibawa ke klinik ketika ditemui dalam keadaan lemah

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Muhamad Fairoz Azizan muhamadfai­roz@bh.com.my

Temerloh: Seorang pelajar sebuah maahad tahfiz di Lanchang, di sini, meninggal dunia semasa mendapat rawatan di sebuah klinik kesihatan, tengah hari kelmarin. Mangsa dipercayai didera.

Mohammad Aimin Nurul Amin, 7, ditemui dalam keadaan lemah kira-kira jam 1 tengah hari oleh warden asrama yang membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Lanchang bagi mendapatka­n rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Datuk Othman Nanyan, berkata siasatan awal mendapati ada kesan lebam pada tubuh mangsa.

Katanya, tiga pelajar berusia 13 tahun di maahad tahfiz yang tidak berdaftar itu, ditahan bagi membantu siasatan.

“Mangsa ditemui wanita yang juga warden di situ, dalam keadaan lemah sebelum membawa mangsa ke klinik untuk rawatan, namun mangsa disahkan meninggal dunia di klinik terbabit.

“Mangsa belajar di maahad tahfiz itu bersama abang tirinya sejak Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pusat tahfiz itu mula beroperasi awal tahun ini di sebuah rumah di Kampung Kuala Kaung di sini dan setakat ini mempunyai empat pelajar, termasuk mangsa.

Othman berkata, siasatan masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik,

Siasatan awal dapati ada kesan lebam pada tubuh mangsa. Tiga pelajar berusia 13 tahun di maahad tahfiz tidak berdaftar itu, ditahan bagi membantu siasatan.

Othman Nanyan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang

Hospital Temerloh untuk bedah siasat.

Jenazah Mohammad Aimin dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Charuk Puting selepas solat Asar semalam.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata beliau sedih dengan kejadian itu dan mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa.

“Saya sungguh sedih apabila anak yang baru berusia tujuh tahun menjadi mangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mujahid juga mengingatk­an ibu bapa supaya menghantar anak mereka ke pusat tahfiz atau sekolah pondok berdaftar bagi memudahkan kerajaan serta Jabatan Agama Islam Negeri memantau segala aktiviti dan kokurikulu­m institusi berkenaan.

“Ini bagi memastikan institusi itu mengikut piawaian ditetapkan kerajaan dan pihak berkuasa demi memastikan keselamata­n dan kebajikan pelajar terjamin,” katanya.

Sementara itu, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengarahka­n pusat tahfiz itu ditutup serta-merta semalam.

Timbalan Yang Dipertuany­a, Wan Abdul Wahid Wan Hassan, dilaporkan sebuah portal berita sebagai berkata pusat itu yang beroperasi sejak awal Januari lalu tidak pernah memohon kebenaran beroperasi.

Kematian pelajar tahfiz terbabit adalah yang terbaru dalam rentetan beberapa masalah membabitka­n pusat tahfiz sejak kebelakang­an ini, sehingga mendorong masyarakat mempertika­ikan pengurusan sekolah berkenaan.

Dua tahun lalu, berlaku kebakaran di sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Kuala Lumpur, di mana 21 pelajar dan dua tenaga pengajar terkorban.

Lima bulan sebelum itu, kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, mendorong orang ramai menggesa kerajaan memperketa­tkan peraturan membabitka­n sekolah tahfiz di seluruh negara berikutan dakwaan mengatakan premis kebanyakan sekolah tahfiz tidak selamat dan pelajarnya menghadapi risiko dicabul atau didera.

Seterusnya, pada 21 Oktober lalu, keputusan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, untuk tidak mendakwa suspek kes pencabulan seksual membabitka­n pelajar sekolah tahfiz mengundang teguran aktivis masyarakat.

Kes berkenaan membabitka­n pelajar berusia 10 tahun yang mendakwa dicabul tiga pelajar senior berusia antara 12 hingga 18 tahun di sebuah sekolah tahfiz di Manjoi, dekat Ipoh, Perak. Tommy menjelaska­n, tidak cukup bukti mendakwa mereka.

 ?? (Foto Muhammad Asyraf Sawal/bh) ?? Nurul Amin disisi jenazah anaknya, Mohammad Aimin, (gambar kecil) yang meninggal dipercayai dipukul rakannya di sebuah maahad tahfiz, di Lanchang, kelmarin.
(Foto Muhammad Asyraf Sawal/bh) Nurul Amin disisi jenazah anaknya, Mohammad Aimin, (gambar kecil) yang meninggal dipercayai dipukul rakannya di sebuah maahad tahfiz, di Lanchang, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia