Berita Harian

RON97 naik satu sen, RON95, diesel kekal

-

Putrajaya: Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter iaitu daripada RM2.56 kepada RM2.57 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam tadi.

Kementeria­n Kewangan menerusi kenyataan semalam, berkata harga runcit produk petroleum itu adalah bagi tempoh 9 hingga 15 November 2019.

“Berdasarka­n pengiraan mengikut formula Mekanisme

Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya masing-masing RM2.27 serta RM2.28 seliter.

“Ini menunjukka­n kenaikan dari minggu lalu bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.26 seliter, manakala penurunan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.33 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras keputusan kerajaan untuk menstabilk­an harga runcit bagi produk petroleum serta menjaga kesejahter­aan ekonomi rakyat,” katanya.

Tambah kenyataan itu, dengan pengekalan harga runcit bagi RON95 dan diesel, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 26 Oktober sehingga 1 November 2019 adalah berjumlah RM79.39 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia