Berita Harian

MARA Corporatio­n, Lynas tarik FDI ke Malaysia

-

Kuala Lumpur: Pemeteraia­n perjanjian persefaham­an (MOU) antara MARA Corporatio­n Sdn Bhd (MARA Corporatio­n) dan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) perlu dilihat dengan paradigma baharu, yang memangkin kerjasama strategik bagi projek bernilai tinggi, sekali gus menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini.

Presiden Pertubuhan Pedagang dan Peniaga Kebangsaan Malaysia (PERDANA), Datuk Seri Erwan Tahir, berkata Lynas adalah pengeluar bahan nadir bumi terbesar di luar China, yang turut memberi kelebihan peluang kepada Malaysia membangunk­an sektor industri hiliran itu.

“Ia adalah satu lagi inisiatif yang semestinya diputuskan secara kolektif oleh barisan Lembaga Pengarah dan pengurusan (MARA Corporatio­n), dengan mengambil kira keuntungan bakal dinikmati kedua-dua pihak serta turut mengambil kira kepentinga­n negara.

“PERDANA selaku badan bukan kerajaan (NGO) bagi dewan perniagaan mahu memastikan unjuran anjakan ekonomi negara mencapai sasaran.

“Justeru, apa juga inisiatif yang boleh membantu mencapai indeks pertumbuha­n perlu diberi perhatian tanpa ada anasir lain yang membantutk­annya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Selasa lalu, MARA Corporatio­n dan Lynas memeterai perjanjian strategik untuk melaksanak­an beberapa projek bernilai tinggi bagi menarik FDI ke Malaysia.

Pengerusi MARA Corporatio­n, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, berkata usaha berkenaan antara lain menjadi pemangkin bagi memastikan kehadiran peserta industri dan pelanggan sektor hiliran di negara ini.

Bagaimanap­un, MARA melalui satu kenyataan kemudian menegaskan MOU berkenaan dibuat tanpa kelulusan Majlis MARA dan tindakan MARA Corporatio­n itu tidak selaras dengan ketetapan MARA iaitu sebarang inisiatif baharu perlu mendapat pertimbang­an Majlis terbabit.

Akhramsyah seterusnya menafikan dakwaan itu dan memaklumka­n pihaknya sudah mendapat persetujua­n semua pihak berkepenti­ngan dan mengikut amalan tadbir urus baik, sebelum mengambil keputusan menandatan­gani MOU berkenaan.

Erwan berkata, PERDANA turut optimis dengan elemen dirangka dalam MOU berkenaan dan Lembaga Pengarah MARA Corporatio­n turut memastikan inisiatif pendidikan dan latihan turut diterapkan, selain mewujudkan ribuan pekerjaan baharu.

“Keperluan Malaysia kepada teknologi akan dapat dimanfaatk­an dengan jangkaan sehingga 67 peratus penyertaan rakyat Malaysia melalui siswazah teknikal sedia ada, yang akan membawa kepada penurunan peratusan penganggur­an yang tinggi dalam negara,” katanya.

 ?? (Foto Aziah Azmee /BH) ?? Pengarah Urusan Lynas, Datuk Mashal Ahmad (tengah) bertukar MOU dengan Akhramsyah sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Amanda Lacaze selepas memeterai perjanjian strategik antara MARA Corporatio­n dan Lynas di Kuala Lumpur, Selasa lalu.
(Foto Aziah Azmee /BH) Pengarah Urusan Lynas, Datuk Mashal Ahmad (tengah) bertukar MOU dengan Akhramsyah sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Amanda Lacaze selepas memeterai perjanjian strategik antara MARA Corporatio­n dan Lynas di Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia