Berita Harian

Calon harus dedah pendirian

-

Pada mana-mana pilihan raya, termasuk pilihan raya kecil (PRK), calon perlu berterus terang, terutama berkaitan pendiriann­ya terhadap sebarang isu. Rakyat yang menjadi pengundi di kawasan calon itu bertanding, berhak untuk tahu sebelum membuat keputusan pada hari mengundi.

Perkara ini begitu dititikber­atkan, terutama di Amerika Syarikat membabitka­n calon presiden kerana pendirian calon itu akan menentukan masa depan negara. Pada PRK Tanjung Piai contohnya, pengundi juga ingin tahu apa pendirian calon MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng berhubung isu hudud yang diperjuang­kan PAS selama ini.

Namun, hingga kini Jeck Seng masih berdolak-dalik, malah takut untuk berterus-terang. Beliau tidak boleh menyatakan itu pendirian parti atau MCA kini pembangkan­g bersama UMNO dan PAS, sebaliknya meminta soalan itu kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Oleh itu, pengundi Tanjung Piai harus menolak calon yang suka berdolak-dalik, malah sanggup memadam status Facebookny­a berkaitan hudud yang diposkanny­a pada 2015. Biar pengundi menilai kebenarann­ya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia