Berita Harian

Elak bahan kreatif diciplak

-

Industri kreatif di negara kita sebenarnya kaya dengan idea dan boleh dieksploit­asi untuk dieksport jika ada kualiti. Ini boleh menguntung­kan negara, sekali gus memperkemb­angkan lagi industri itu dengan produk bermutu.

Malaysia sudah membuktika­n kelas tersendiri apabila animasi seperti Upin dan Upin, Ejen Ali serta Boboiboy The Movie mendapat perhatian antarabang­sa. Bayangkan, kita ada lebih 300 syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di bawah kluster kandungan kreatif dan teknologi daripada jumlah keseluruha­n 2,986 syarikat berstatus MSC Malaysia yang aktif.

Negara harus wujud ekosistem yang menggalakk­an industri kreatif terus berkembang. Syarikat swasta perlu ikhlas membantu dengan menyediaka­n pembiayaan dan platform siaran. Sebelum ini apabila pemilik bahan kreatif mempersemb­ahkan idea kepada bakal pelabur atau penyiar, idea mereka ditolak, tetapi kemudian diciplak.

Harus ada mekanisme untuk mendaftar hak bahan kreatif ini agar tidak diciplak orang lain dan pihak berwajib perlu melihat isu ini dengan lebih serius. Ini penting kerana perubahan teknologi yang pantas memerlukan kita bertindak pantas untuk kekal kompetitif, terutama dalam persaingan ekonomi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia