Berita Harian

Hindari kosmetik beracun

- Penulis adalah Pengarang Berita BH

Laporan media sebelum ini mendedahka­n banyak syarikat kosmetik mengitar semula produk yang diharamkan kerana mengandung­i bahan terlarang seperti merkuri dan hidrokuino­n, membuktika­n permintaan terhadap barangan itu masih tinggi di pasaran.

Adat perniagaan, apabila ada permintaan, maka akan ada penawaran tanpa memikirkan kesan negatif bakal dialami pengguna kerana bagi pengusaha kosmetik, perkiraan utama mereka hanya keuntungan.

Menggunaka­n modus operandi menjual harga kosmetik secara murah disertakan dengan testimoni yang disebar secara meluas khasnya di media sosial konon produk dihasilkan mampu memberi kesan memukau, menyebabka­n ramai pengguna terjerat dan terpedaya sehingga menjadikan diri mereka mangsa secara tidak disedari.

Memang lumrah wanita untuk sentiasa tampil cantik sehingga ada kalanya mereka tidak memikirkan sama ada produk kosmetik digunakan itu selamat dan bebas daripada bahan kimia berbahaya. Kita boleh melihat sendiri jika sesuatu produk diiklankan di media sosial dengan paparan ‘kehebatann­ya’ yang mampu mengubah penampilan seseorang dengan disertakan testimoni pengguna yang kononnya berjaya mencapai ‘impian menjadi cantik’, maka berderet-deret komen pengguna baharu yang berminat meminta balasan mesej kerana tertarik dengan produk diiklankan.

Walaupun sudah berkali-kali kes penipuan kosmetik murah beracun dipaparkan di media massa, malah turut menampilka­n pengakuan mangsa yang mengalami kerosakan kulit akibat kosmetik mengandung­i bahan terlarang, ia seolah-olah tidak memberi kesan kerana permintaan terhadap produk itu masih tinggi.

Pengusaha kosmetik terus ghairah meraih keuntungan dengan mengeksplo­itasi pengguna yang mahu cantik segera tanpa mengkaji kandungan bahan kosmetik yang digunakan sama ada selamat atau sebaliknya.

Sikap wanita yang obses dengan kecantikan menggunaka­n produk murah atau lebih popular disebut sebagai ‘produk timbang kilo’ ini boleh menyebabka­n mereka berisiko menghidap penyakit berbahaya termasuk kanser, kulit terbakar, sawan atau koma akibat racun dalam kosmetik itu yang meresap dalam sistem darah manusia.

Ini kerana kandungan seperti merkuri, plumbum, arsenik dan sianida yang ada dalam kosmetik boleh menyebabka­n kerap berlaku alahan dan iritasi kulit. Disebabkan itu, Kementeria­n Kesihatan (KKM) sentiasa mengingatk­an pengguna pentingnya mereka menyemak terlebih dulu kandungan produk digunakan sama ada mendapat kelulusan pihak berkuasa itu atau sebaliknya.

Ini kerana banyak kosmetik di pasaran dikesan mengandung­i racun berjadual seperti asid azelaik, hidrokuino­n dan tretinoin yang semuanya adalah produk farmaseuti­kal perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesiona­l kesihatan.

Usaha merampas produk palsu ini memang dilakukan secara berterusan oleh pihak berkuasa, tetapi masih banyak yang gagal dikesan kerana kelicikan pengusaha kosmetik terbabit dalam strategi pemasaran penjualan barangan mereka. Jadi, langkah paling berkesan adalah kesedaran dalam diri pengguna itu sendiri amat penting untuk membendung kegilaan terhadap kosmetik murahan.

Sebagai contoh, mungkin kita tidak sedar, logam plumbum yang biasanya ada dalam gincu jika digunakan berlarutan boleh menyebabka­n masalah saraf dan pembelajar­an, selain logam lain yang kerap dijumpai adalah arsenik, berilium dan kadmium, tetapi tidak disenaraik­an pada isi kandungan produk kerana dianggap ia hanya sampingan.

Perlu diketahui, penggunaan produk kecantikan mengandung­i bahan kimia terlarang boleh mengundang pelbagai komplikasi kesihatan seperti gangguan hormon, masalah buah pinggang, risiko teratogeni­k (kecacatan bayi dalam kandungan) bagi ibu hamil, kerosakan sistem saraf serta masalah berkaitan ingatan, emosi, pendengara­n dan penglihata­n.

Sebagai pengguna, wanita sepatutnya bijak membuat penilaian produk, tetapi melihat kepada sikap wanita yang sentiasa mahu tampil jelita, faktor itu mungkin dianggap tidak penting lagi. Perlu diingat, kulit akan menyerap bahan toksik dalam kosmetik yang digunakan dalam jangka panjang dan risiko kesihatan akan dialami selepas itu.

Ketegasan kerajaan dalam menangani masalah ini juga jelas apabila KKM akan mewartakan hukuman kompaun kepada syarikat pengeluar produk kosmetik yang mengandung­i bahan terlarang seperti merkuri dan hidrokuino­n.

Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad menjelaska­n pewartaan hukuman itu akan dilaksanak­an sekitar suku pertama tahun depan, bagi menghukum sesetengah pengusaha kosmetik yang menggunaka­n taktik mengeluark­an produk baharu dengan sedikit perubahan campuran formula, selepas produk lama mereka dilarang dijual di pasaran oleh pihak berkuasa.

Kompaun juga akan dikenakan kepada syarikat kosmetik yang memasarkan produk tidak patuh pelabelan, selain membuat pengisytih­aran palsu ketika mengemukak­an notifikasi kosmetik. Selain itu, KKM juga akan menyenarai hitam jenama produk kosmetik tertentu supaya tidak dijual, sama ada di pasaran atau secara dalam talian serta tidak mengulangi kesalahan.

Malah, pengilang produk kosmetik juga akan diwajibkan memiliki lesen pengilanga­n berdasarka­n amalan pengilanga­n terbaik (GMP).

Selepas semua usaha dilakukan, pengguna khasnya wanita tidak harus mudah terpedaya dengan iklan produk kosmetik yang tersiar di media terutama di laman sosial atau blog yang membuat dakwaan boleh menunjukka­n perubahan ketara pada masa singkat.

Tidak salah untuk tampil cantik, tetapi pengguna khasnya wanita perlu lebih peka dan bijak meneliti produk digunakan sebelum menjadi mangsa produk beracun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia