Berita Harian

Calon Bebas sentuh isu pemandu teksi, e-hailing, keluarga B40

-

Pontian: Kekurangan dana menyebabka­n calon Bebas, Faridah Aryani Abdul Ghafar hanya memulakan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada hari ketujuh semalam.

Bagaimanap­un, beliau tetap berharap memperoleh jumlah undi yang baik dan tidak hilang wang deposit.

Beliau yang dianggap calon ‘bidan terjun’ mengambil keputusan untuk bertanding pada PRK Tanjung Piai, bagi memperjuan­gkan nasib pemandu teksi dan e-hailing seluruh negara selain B40 yang hidup terhimpit.

“Kita tidak ada sebarang manifesto sebab kita bertanding atas tiket Bebas. Kita tidak ada dana dari mana-mana pihak yang menyokong kita.

“Ada beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang menyokong kempen. Kita akan buat program secara santai,” katanya pada sidang media di Serkat, di sini semalam.

Faridah Aryani adalah calon mewakili kumpulan pemandu teksi, Gabungan Teksi Semalaysia (GTSM).

Beliau menggantik­an pengasas Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahr­in Ismail yang dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung sehari sebelum hari penamaan calon.

Faridah Aryani berkata, walaupun baru memulakan kempen semalam, beliau yakin dapat berkunjung ke semua 27 kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan berharap mampu meraih undi dan tidak kehilangan wang deposit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia