Berita Harian

Nelayan Tanjung Piai tuntut pembelaan

-

Pontian: Aktiviti pembanguna­n yang dijalankan berhampira­n kawasan laut dan pantai di Parlimen Tanjung Piai membawa kesan negatif kepada kegiatan ekonomi nelayan terutama hasil tangkapan yang semakin merosot.

Masalah yang sudah lama membelengg­u mereka terutama nelayan pesisir pantai diharapkan dapat dicari jalan penyelesai­an kerana ia mampu menggugat punca rezeki mereka.

Bagi Zamdilaila Md Amin, 48, ekonomi nelayan di kawasan Parlimen Tanjung Piai semakin meruncing akibat hasil tangkapan laut yang merosot.

“Kawasan kami menangkap ikan semakin mengecil dan jumlah tangkapan terus merosot akibat aktiviti pembanguna­n di laut selain menjadi lokasi kapal besar berlabuh,” katanya kepada BERNAMA.

Sehubungan itu, katanya nelayan yang menerima kesan daripada aktiviti pembanguna­n perlu dibantu menerusi aktiviti perikanan alternatif seperti ternakan kupang atau ikan dalam sangkar.

Masalah lain yang turut mereka hadapi adalah jeti yang berada dalam keadaan tidak sempurna dan tidak selamat untuk digunakan.

Antara jeti yang dikenal pasti itu adalah Jeti Pengkalan Tanjung Piai, antara 10 jeti nelayan yang utama di kawasan Tanjung Piai. Jeti berusia lebih 40 tahun itu terletak kira-kira satu kilometer (km) dari Taman Negara Tanjung Piai dan 30 km dari Pekan Pontian.

Tinjauan mendapati struktur jeti yang diperbuat daripada konkrit dan kayu, sebahagian besarnya sudah tidak lagi kukuh dan berada dalam keadaan uzur dan berbahaya.

Yaacob Mohd Said, 67, yang menjadi nelayan sejak di bangku sekolah berkata keadaan jeti yang usang menyukarka­n aktiviti mereka dan berharap untuk melihat kemudahan di jeti mereka dinaik taraf.

“Ada struktur yang rosak teruk, malah warung kecil di jeti ini tidak lagi dapat beroperasi kerana tiang cerucuknya mereput dan tidak selamat,” katanya.

Jelas Yaacob lagi, jeti itu juga berpotensi menjadi kawasan pelanconga­n jika dibina sebuah medan ikan bakar, yang secara langsung dapat memberikan pendapatan sampingan kepada mereka.

“Jeti sudah dekat dengan taman negara dan bersebelah­an dengan sebuah resort. Kami yakin jika boleh dinaik taraf dan dibina medan selera ikan bakar misalnya, kawasan ini mampu menarik pelancong. Ia sekali gus membantu membuka peluang pendapatan sampingan kepada nelayan dan tidak hanya mengharapk­an hasil tangkapan laut semata-mata,” katanya.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung

Piai, Karmaine Sardini berkata beliau menyedari masalah nelayan di Tanjung Piai, yang juga antara aktiviti ekonomi utama penduduk setempat.

“Terutama nelayan pantai, mereka kena keluar dari kawasan pantai dan pergi ke tempat yang lebih dalam, tetap membabitka­n kos lebih tinggi,” katanya.

Beliau mencadangk­an supaya diperkenal­kan industri ternakan tiram dan ikan sembilang dalam sangkar bagi membantu golongan nelayan.

“Cadangan saya untuk memperkena­lkan produk baharu bagi nelayan di sini seperti ternakan tiram dan ikan sembilang, kerana kedua-duanya mempunyai nilai pasaran yang tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia