Berita Harian

Mahkamah periksa aduan pengadu bulan depan

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menetapkan 5 dan 6 Disember depan untuk memeriksa aduan dua tertuduh dalam kes berkaitan kumpulan pengganas LTTE yang mendakwa mereka tidak menerima layanan baik di penjara.

Aduan itu dikemukaka­n pengusaha kedai runcit, B Subramania­m, 57, yang menghadapi pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan itu dan pengutip besi buruk, A Kalaimughi­lan, 28, yang didakwa memiliki item berkaitan kumpulan sama.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut di hadapannya, semalam. Kedua-dua tertuduh hadir.

Beliau berkata mahkamah sudah mendengar aduan oleh kedua-dua tertuduh yang dirakam secara tertutup di mahkamah pada 1 November lalu dan pihaknya mengambil maklum mengenai aduan itu.

“Selepas mendengar aduan daripada kedua-dua tertuduh itu, mahkamah berpuas hati ada kesalahan untuk diambil maklum mengikut Seksyen 128 Kanun Tatacara Jenayah.

“Satu pemeriksaa­n lanjut terhadap kedua-dua tertuduh akan diteruskan mengikut Seksyen 133 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Seksyen 128 antara lain menyatakan bahawa apabila mahkamah menerima aduan atau mengesyaki kesalahan itu dilakukan, menghendak­i mahkamah itu menyiasat perkara itu manakala Seksyen 133 antaranya menyatakan bahawa apabila mahkamah mengetahui sesuatu aduan, mahkamah hendaklah menetapkan suatu tarikh untuk memeriksa pengadu.

Pada 5 dan 6 Disember ini, mahkamah akan memeriksa dengan lebih lanjut aduan kedua-dua tertuduh.

Semalam, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Low Qin Hui manakala peguam S Selvam mewakili kedua-dua tertuduh. BERNAMA

Satu pemeriksaa­n lanjut terhadap kedua-dua tertuduh akan diteruskan mengikut Seksyen 133 Kanun Tatacara Jenayah.

 ?? (Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) ?? Subramania­m dan Kalaimughi­lan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) Subramania­m dan Kalaimughi­lan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia