Berita Harian

Ahmad Zahid gagal kurang tuduhan pecah amanah

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk menggabung­kan 12 tuduhan pecah amanah jenayah dihadapiny­a, dan dikurangka­n kepada tiga tuduhan.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan itu selepas memutuskan bahawa kesemua 12 tuduhan sedia ada yang dikenakan terhadap Ahmad Zahid adalah sudah jelas.

Sequerah dalam penghakima­nnya, berkata kesemua tuduhan itu memenuhi objektif dan memberikan notis yang secukupnya kepada tertuduh untuk memahami tuduhan dan menyediaka­n pembelaan.

Tambahnya lagi, peruntukan Seksyen 153(2) Kanun Acara Jenayah membabitka­n permohonan Ahmad Zahid, bukan peruntukan mandatori dan tidak berkehenda­kkan pendakwaan untuk menyatukan kesemua tuduhan berkenaan.

Dalam prosiding semalam, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran manakala Peguam Hisyam Teh Poh Teik bertindak bagi pihak Ahmad Zahid.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengaku tidak bersalah terhadap 47 tuduhan merangkumi 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 lagi pengubahan wang haram membabitka­n puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Ahmad Zahid didakwa menggunaka­n dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendiri­an, polisi insurans serta lesen kenderaan persendiri­an, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia.

Pada 14 Disember tahun lalu, Ahmad Zahid didakwa dengan tuduhan tambahan, iaitu sebagai Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi dan dalam kapasiti itu telah diamanahka­n dengan harta wang RM10 juta milik yayasan berkenaan.

Beliau didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta itu di mana dengan curangnya memberi pinjaman kepada Armada

Holdings Sdn Bhd.

Kesalahan didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Jalan Bunus, No 133, Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini pada 8 Disember 2015.

Bagi 11 lagi tuduhan pecah amanah, Zahid didakwa melakukan kesalahan sama membabitka­n wang berjumlah RM20.8 juta yang diamanahka­n kepadanya selaku pemegang amanah Yayasan Akalbudi.

Semua tuduhan pecah amanah itu adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan dengan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia