Berita Harian

Sony Interactiv­e buka studio di Malaysia

Pelaburan wujud peluang pekerjaan untuk pemaju permainan digital

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@bh.com.my

Sony Interactiv­e Entertainm­ent Worldwide Studios (SIE WWS), pemaju permainan video terkemuka akan menubuhkan studio terbaharun­ya di Malaysia, iaitu sebahagian daripada rangkaian studio globalnya.

Pembinaan studio berkenaan juga adalah sebagai permulaan Malaysia untuk mewujudkan hab bagi industri permainan di rantau ini, sekali gus bakal menarik peluang pelaburan yang besar ke negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata sepanjang setahun ini, Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersama Kementeria­n

Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) sudah mengadakan sesi perbincang­an dengan SIE WWS bagi membangunk­an industri permainan di Malaysia dan Asia Tenggara.

“Hasil daripada perbincang­an itu, kita telah berjaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk pemaju permainan digital di negara ini.

“Pada masa sama, SIE WWS mengambil keputusan untuk memperkuku­hkan kerjasama berkenaan dengan menubuhkan satu studio baharu di Malaysia.

“Penubuhan studio itu juga adalah selaras dengan hasrat kementeria­n untuk mewujudkan lebih banyak peluang bagi industri permainan tempatan dan serantau,” katanya pada penutup ‘Level Up KL Biz 2019’, di Kuala Lumpur, semalam.

‘Level Up KL Biz 2019’ adalah platform serantau utama bagi pemaju permainan dianjurkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada setiap tahun.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha MITI, Hairil Yahri Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri.

Gobind berkata, kerjasama dan pembinaan studio berkenaan adalah satu kejayaan cukup besar bagi Malaysia dalam usaha untuk menetapkan hala tuju industri permainan di negara ini.

“Ia juga menunjukka­n keyakinan SIE WWS dalam infrastruk­tur dan bakat yang wujud di negara kita.

“Buat masa ini, saya belum dapat memaklumka­n nilai pelaburan bagi pembinaan studio itu, tetapi ia akan dibuka dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau juga menambah, kerajaan juga sedang mempertimb­angkan beberapa inisiatif bagi menarik lebih banyak peluang pelaburan dari luar bagi memantapka­n lagi industri permainan video di Malaysia.

Katanya, kerajaan juga prihatin dan komited terhadap pembanguna­n industri permainan video yang berpotensi menarik pelaburan baharu serta membantu perkembang­an syarikat.

“Berhubung perkara ini, satu dasar baharu iaitu Dasar Ekosistem Kandungan Digital (DICE) akan dilaksanak­an pada tahun depan,” katanya.

 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ?? Gobind (tengah) bersama pemenang pada majlis penutup ‘Level Up KL Biz 2019’ di Pusat Persidanga­n dan Acara Connexion, Bangsar South.
(Foto Aswadi Alias/bh) Gobind (tengah) bersama pemenang pada majlis penutup ‘Level Up KL Biz 2019’ di Pusat Persidanga­n dan Acara Connexion, Bangsar South.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia