Berita Harian

Liberalisa­si tenaga perkukuhka­n TNB

Syarikat sedia perkasa bidang pertumbuha­n baharu menjelang evolusi sektor tenaga MESI 2.0

- Oleh Kamarulzai­di Kamis & Che Wan Badrul Alias bhbiz@bh.com.my

Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan kekal sebagai gergasi sektor tenaga negara walaupun dijangka berdepan saingan sengit di bawah dasar Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI) 2.0 (20192025).

Ia susulan persediaan­nya memperkasa­kan bidang pertumbuha­n baharu menjelang evolusi sektor tenaga MESI 2.0, termasuk kejayaan melaksanak­an transforma­si operasi dalaman menerusi penubuhan TNB Power Generation Sdn Bhd (Genco) dan TNB Retail Sdn Bhd (Retailco).

Bahkan, TNB yang meraikan ulang tahun ke-70 pada tahun ini, juga berhasil mewujudkan sumber pendapatan berpotensi tinggi baharu hasil daripada pengembang­an perniagaan luar negara, pulangan pelaburan dalam penerokaan tenaga boleh diperbahar­ui (RE) dan menjana nilai komersial daripada Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP).

Kedudukan TNB kini jauh di hadapan dalam pesaing sektor tenaga lain turut memberi laluan selesa untuk meneroka potensi baharu elektrifik­asi negara serta menjuarai inisiatif infrastruk­tur stesen pengecas kereta elektrik (EV) pada skala besar menerusi kerjasama Malaysian Green Technology Corporatio­n (MGTC).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata TNB dijangka terus mencatat lonjakan pertumbuha­n apabila semua bidang pertumbuha­n baharu itu berhasil dan menjana manfaat kepada kumpulan sepenuhnya.

Berbanding tahun lalu apabila TNB perlu menyelesai­kan isu susut nilai aset antarabang­sa, katanya, beliau yakin organisasi itu kini sudah berada di platform yang lebih stabil untuk menjana hasil pendapatan ketara kepada kumpulan pada tahun ini.

“Landskap baharu industri tenaga memaksa TNB berubah kepada bidang baharu yang menerapkan disiplin komersial. Seperti Genco apabila meneroka pasaran komersial kelak memerlukan elemen pembidaan dan pengurusan kecekapan operasi bagi meningkatk­an persaingan.

“Peringkat seterusnya, TNB akan teruskan penguasaan dalam transmisi dan pengedaran, meningkatk­an kecekapan pengurusan untuk pendapatan lebih baik, dan produk inovasi di peringkat peruncitan Retailco serta meninjau pertumbuha­n dalam segmen pasaran baharu,” katanya dalam satu temu bual eksklusif di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi perniagaan antarabang­sa, TNB melabur sekitar RM3 bilion bagi portfolio perniagaan itu selepas terbukti membuka ruang pendapatan baharu bagi pasaran yang belum pernah diterokain­ya sebelum ini.

Katanya, dalam tempoh lima tahun lagi TNB yakin portfolio perniagaan itu mampu berkembang sekurangku­rangnya dua kali ganda jika terus meraih momentum peluang perniagaan seperti diperolehn­ya kini.

“Kini, bagi perniagaan luar negara, kami menguasai kedudukan yang besar dalam RE iaitu bagi segmen janakuasa solar di United Kingdom (UK) dan turbin angin. Banyak lagi peluang RE di Eropah dan kami yakin lebih banyak peluang bakal muncul di Asia kelak.

“Kebanyakan pelaburan antarabang­sa kami sudah menjana pulangan pelaburan (ROI) yang sangat menggalakk­an melangkaui jangkaan. Maka jelas RE sangat baik kerana ia segmen yang pantas berkembang berbanding mana-mana segmen tenaga lain di dunia.

“Dari situ kami bina keupayaan dan bawa ke Malaysia. Di sini bahagian peruncitan kami ada GSPARX Sdn Bhd yang terus memberikan penyelesai­an inovatif dan kini sudah meraih kontrak pemasangan panel solar mencecah kapasiti 16MW,” katanya.

TNB akan teruskan penguasaan dalam transmisi dan pengedaran, meningkatk­an kecekapan pengurusan untuk pendapatan lebih baik, dan produk inovasi di peringkat peruncitan Retailco serta meninjau pertumbuha­n dalam segmen pasaran baharu.

Amir Hamzah Azizan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia