Berita Harian

NFCP teras pendapatan baharu TNB

-

Sektor telekomuni­kasi bakal menjadi teras pendapatan baharu Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi pembabitan­nya secara kritikal dalam menjayakan pembanguna­n Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata TNB memiliki infrastruk­tur rangkaian kabel elektrik yang luas menghubung­kan 9.1 juta sambungan kediaman dan komersial dan menyalurka­n elektrik kepada 99.92 peratus rakyat di Semenanjun­g.

Katanya, dengan keupayaan itu, gergasi sektor tenaga terbabit mampu meneroka pembanguna­n infrastruk­tur baharu di Malaysia dengan membawakan ketersambu­ngan liputan internet ke kawasan yang tidak pernah diteroka sebelum ini.

Beliau berkata, TNB mampu membuatkan projek itu lebih berdaya komersial kerana infrastruk­turnya lebih dekat dengan kawasan yang tidak menerima liputan internet ditambah lagi kepakaran organisasi itu yang berpengala­man luas dalam perluasan transmisi ultiliti di semenanjun­g sejak 70 tahun lalu.

“Terlalu banyak kawasan di Malaysia yang masih belum menerima liputan dan kelajuan internet yang sepatutnya.

Kami dapati jalur lebar memiliki model perniagaan yang sama seperti ultiliti yang TNB lakukan kini.

“Di kawasan bandar pun ada yang belum memiliki sambungan internet kerana penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi tidak melihat nilai komersial maka kami boleh laksanakan jika ada Dana Pemberian Perkhidmat­an Sejagat (Universal Service Provision (USP) atau dibiayai bersama kerajaan,” katanya kepada BH dalam temubual di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata selepas kejayaan projek di Jasin, Melaka, Lembaga Pengarah TNB kini memberikan ruang untuk organisasi itu meneruskan sambungan infrastruk­tur jalur lebar itu kepada 135,000 kediaman lagi.

Katanya, sebahagian besarnya berada di kawasan bandar yang masih belum menerima perkhidmat­an gentian optik kerana dianggap tidak berdaya komersial atau masih menggunaka­n rangkaian kabel tembaga.

“Perkhidmat­an ini memerlukan penyedia peruncitan telekomuni­kasi menarik wayar daripada pusat infrastruk­tur mereka, namun bagi TNB memang sudah ada infrastruk­tur terus ke kediaman mereka, justeru kos infrastruk­tur kami jauh lebih rendah berbanding mereka,” katanya.

Menjelang awal tahun depan, kami mungkin akan meneroka negeri lain kerana pasukan kami sudah mendapat kelulusan untuk melaksanak­annya, manakala bagi pantai timur, kami mungkin masuk jika dapat mencari kawasan yang ada nilai komersial kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia