Berita Harian

Alibaba sasar raih AS$15B di Hong Kong

-

Hong Kong: Gergasi digital global, Alibaba menyasarka­n meraih dana sehingga AS$15 bilion daripada tawaran awam permulaan (IPO) di Hong Kong, menjadikan­nya penyenarai­an terbesar dalam sembilan tahun.

Urus niaga saham syarikat terbesar di Asia itu datang selepas protes besar-besaran di Hong Kong beberapa bulan ini yang menyebabka­n penurunan ekonomi dan reputasiny­a sebagai hab kewangan.

Alibaba meninjau meraih antara AS$10 bilion dan AS$15 bilion menerusi IPO berkenaan, demikian menurut Bloomberg News yang memetik sumber.

Ia akan mengemukak­an cadangan terhadap langkah itu, minggu depan.

Firma itu bagaimanap­un enggan memberikan kenyataan ketika dihubungi AFP.

Alibaba disenaraik­an di Nasdaq di New York, merancang penyenarai­an itu pada musim panas, tetapi terpaksa menangguhk­an perkara itu disebabkan protes dan perang perdaganga­n China dan Amerika Syarikat (AS). AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia