Berita Harian

Diabetes ‘perangkap’ maut

-

pesakit diabetes atau kencing manis naik mendadak tahun demi tahun termasuk dalam kalangan generasi muda di seluruh dunia termasuk di negara ini.

Mengikut statistik, pesakit diabetes adalah seramai 425 juta orang, tahun ini dan dijangka meningkat kepada 522 juta orang, menjelang 2030.

Justeru, penjagaan kesihatan secara berkualiti perlu diberi keutamaan, termasuk mengelak berlaku luka yang boleh menyebabka­n risiko jangkitan.

Justeru, pelbagai pihak termasuk pekerja yang terbabit dalam industri perubatan juga wajar memainkan peranan lebih berkesan menerusi prosedur penjagaan lebih sempurna.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendedahka­n 3.7 juta kematian atau 43 peratus dicatat membabitka­n pesakit diabetes tahap dua dalam kalangan berusia 70 tahun ke bawah.

“Pesakit berdepan pelbagai masalah, termasuk kos perubatan yang tinggi. Usaha menyebarka­n ilmu dan kesedaran perlu dilakukan secara berterusan untuk mendidik masyarakat secara menyeluruh, termasuk dalam kalangan pekerja kesihatan.

“Usaha mencegah lebih baik untuk pesakit, jika sebelum ini proses merawat luka perlukan masa yang panjang, namun dengan kecanggiha­n teknologi ia dapat mengurangk­an tempoh pemulihan.

“Sejak 10 tahun lalu, dapat dilihat dari segi peningkata­n tahap pendidikan, teknologi, kaedah rawatan terkini dan perkhidmat­an terbaik dalam kalangan pengamal perubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidanga­n Masalah Anggota Diabetes dan Luka Peringkat Asia Pasifik Ke-16, di ibu negara, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Dr Boon Chye turut melancarka­n buku Wound Care Made Easy dan 5th Compendium of Wound Care Dressing.

Beliau berkata, tiada alasan pekerja kesihatan tidak mempunyai rujukan dalam bidang berkaitan kerana terdapat lebih 50 buku yang menyediaka­n panduan merawat pesakit di negara ini.

Timbalan Rektor (Penyelidik­an dan Inovasi Bertanggun­gjawab), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ahmad Hafiz Zulkifly, berkata kadar penyakit dan kematian tertinggi boleh diatasi dengan menerusi pendidikan awal berkaitan berbanding mengubati selepas menghidapi penyakit itu.

Ahmad Hafiz berkata, peratusan pesakit meningkat di negara ini melepasi unjuran WHO hanya sekitar 8.8 peratus (kajian pada 2016).

“Namun pada 2016, Malaysia mencatat peningkata­n pesakit diabetes pada kadar 17.5 peratus yang amat tinggi berbanding jangkaan sebelum ini.

“Kira-kira tiga hingga lima peratus penghidap diabetes mengalami luka serius pada anggota badan dilaporkan meninggal dunia,” katanya.

Ahmad Hafiz berkata, pelbagai pihak harus memberi perhatian serius mengenai penyakit diabetes, terutama apabila Malaysia dilaporkan berada pada kedudukan teratas pendudukny­a mempunyai kadar gula dalam darah tertinggi di negara ASEAN.

“Pilihan terbaik adalah dengan menjaga kesihatan. Pendidikan awal perlu dilakukan di peringkat Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan Taman Didikan Kanakkanak (TADIKA) dengan memasukkan ia sebagai silibus hingga ke peringkat universiti. Sebenarnya sebelum ini kerajaan dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) sudah melakukan pelbagai inisiatif melaksanak­an kempen kesedaran. Kempen itu dapat mengurangk­an 30 peratus pesakit diabetes walaupun angka 17.5 peratus masih tinggi.

“Membudayak­an‘ gaya hidup sihat seharusnya dijadikan amalan terutama kepada generasi muda,” katanya.

Kebanyakan­nya pesakit kronik gagal disembuhka­n apabila hanya mendapatka­n rawatan pada saat akhir selepas gagal menggunaka­n kaedah alternatif.

“Pesakit datang mendapatka­n rawatan selepas luka pada anggota badan sudah bernanah dan berulat. Jenis kuman yang menyerang sangat agresif jika tidak dicuci setiap hari.

“Darah pesakit diabetes tidak sama dengan orang biasa kerana saluran sudah sempit, imunisasi ketahanan badan tidak kuat memudahkan kuman menyerang.

“Biasanya kuman diabetes pelbagai jenis, kami sudah buat kajian dalam masa setahun bagi menentukan setiap jenis kuman. Kami dapati pesakit diserang lebih daripada dua jenis kuman yang mungkin memerlukan masa untuk sembuh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia