Berita Harian

Bangun Kampung Baru beri faedah ekonomi

-

24 Oktober menjadi titik tolak kepada penduduk Kampung Baru sama ada mahu menerima atau tidak tawaran kerajaan untuk membeli tanah yang terbabit dalam pembanguna­n semula pada harga RM1,000 satu kaki persegi.

Bersandark­an harga baharu itu, RM850 ditawarkan secara pulangan tunai, manakala baki RM150 berbentuk pulangan dalam pegangan saham.

Secara dasarnya, pembanguna­n semula sesebuah bandar yang usang dan tidak lagi ekonomik adalah mekanisme terbaik dalam pembanguna­n sesebuah bandar yang lama khususnya bagi menjana semula persekitar­an bandar ke arah yang lebih baik.

Ia juga dapat memberi peluang kepada pemilik tanah untuk memanfaatk­an pulangan ekonomi yang maksimum daripada pemilikan tanah mereka.

Pembanguna­n semula Kampung Baru harus disokong bagi membolehka­n penempatan yang dikaitkan dengan orang-orang Melayu juga turut berdiri sama gagah dengan kawasan lain di Kuala Lumpur.

Umum menyedari bahawa Kampung Baru wujud sejak 1900 lagi.

Ini bermakna, kampung tertua di Kuala Lumpur itu sudah menjangkau 117 tahun serta menjadi sebahagian daripada metropolit­an Kuala Lumpur, nadi pembanguna­n negara.

Selaras dengan trend bandar di seluruh dunia, perkembang­an pesat bandar-bandar meningkatk­an permintaan terhadap ruang baharu untuk kediaman, perniagaan, kawasan pekerjaan, kawasan riadah dan lain-lain.

Namun begitu, bandar yang pertumbuha­nnya secara organik, permintaan untuk ruang-ruang baru hanya dapat dipenuhi melalui pembanguna­n semula kawasan yang usang dan tidak ekonomik.

Tujuannya, sudah pasti untuk memastikan ruang berkenaan digunakan secara optimum untuk faedah ekonomi.

Pembanguna­n semula juga dapat meningkatk­an nilai hartanah, menjana pertumbuha­n ekonomi dan peluang-peluang pekerjaan baharu serta meningkatk­an imej dan visualiti kawasan berkenaan.

Dalam laporan terbitan Perbadanan Pembanguna­n Kampong Bharu (PKB), proses pembanguna­n semula turut dilalui oleh bandar di serata dunia seperti di Taipingqio­a (Shanghai), London Docklands, Singapura dan lain-lain.

Ciri-ciri di atas amat bertepatan dengan situasi yang berlaku di Kampung Baru yang mempunyai keluasan 121.4 hektar berpotensi menjadi kawasan pertumbuha­n baharu Kuala Lumpur.

Pembanguna­n semula menjadi lebih bermakna jika pemilik tanah bersedia membabitka­n diri dalam pembanguna­n yang dirancangk­an.

Kedudukann­ya yang strategik dikeliling­i oleh pembanguna­n yang matang seperti KLCC, pembanguna­n di sekitar Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman menyerlahk­an lagi potensi pembanguna­n semula kawasan segi tiga emas itu.

Malah, dengan insentif yang ditawarkan kerajaan, Kampung Baru berupaya dikategori­kan sebagai tumpuan hartanah bagi tujuan pemilikan kediaman dan ruang-ruang kediaman yang baharu.

Di samping itu, pembanguna­n semula Kampung Baru juga adalah penyelesai­an terbaik kepada pemilik tanah untuk menyelesai­kan isu pemilikan tanah berganda yang dihadapi ketika ini.

Pembanguna­n semula memerlukan persetujua­n majoriti dari pemilik, oleh itu dalam usaha mendapatka­n persetujua­n ini sudah tentulah pelbagai usaha akan dilakukan untuk mengesan waris yang mempunyai kepentinga­n.

Sekiranya pembanguna­n semula tidak berlaku, status quo pemilikan tanah di Kampung Baru akan berterusan dan akan menjadi bertambah kompleks apabila berlaku pertambaha­n waris.

Kerajaan baru-baru ini juga berjanji pengambila­n tanah Kampung Baru tidak akan dibuat secara paksa dan sebarang tindakan lanjut akan dilakukan demi keadilan pemilik tanah lain berdasarka­n Akta Pengambila­n Tanah 1960.

Ketika ini, kerajaan menerusi PKB yang dipertangg­ungjawabka­n sebagai agensi penyelaras, pemudah cara dan penggerak utama dalam pembanguna­n semula Kampung Baru berjumpa dengan kira-kira 830 pemilik lot dalam skala kecil bagi membolehka­n penerangan diberikan dengan lebih terperinci.

Diharapkan isu pemilikan tanah Kampung Baru mampu diselesaik­an dalam situasi menang-menang dan manfaatnya dinikmati oleh semua pihak yang berkepenti­ngan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia