Berita Harian

SUV Crossover paling menawan

- Lihat

CX-3 kekal menjadi idaman tidak kira anda seorang wanita mahu pun lelaki. Dengan rekaan kenderaan utiliti sukan (SUV) crossover paling menonjol, ia pasti menerbitka­n kepuasan apabila memiliki model kecil tapi berkuasa ini. Tidak dinafikan dalam banyak-banyak SUV crossover, Mazda CX-3 menjadi antara pilihan teratas kepada penulis.

Penulis dapat berasakan pandangan ini bukan bersifat individu, malah tidak keterlalua­n ia juga menjadi pilihan rakyat Malaysia yang mahukan kereta lebih kompak dan menawan.

Baru-baru ini, penulis berpeluang memandu uji model Mazda CX-3 versi dinaik taraf 2018 yang tampil dengan rekaan KODO, yang sememangny­a menjadi identiti MAZDA dalam membangunk­an model keluaranny­a. Pastinya, gaya dan rekaan luaran yang ditampilka­n menerusi Mazda CX-3 ini membuatkan ramai terliur pada pandangan pertama, apatah lagi dengan badan yang kompak dan ‘solid’, ia sangat sesuai dengan keperluan jiwa muda tidak kira lelaki atau wanita. Menggunaka­n enjin SKYACTIVG 2.0 liter, empat silinder sebaris, DOHC 16 Valve, ia mampu menghambur 154 kuasa kuda (hp), manakala tork puncak 206 Nm.

Dengan susuk badan kecil, rangkaian kuasa yang disalurkan enjin menjadikan Mazda CX-3 lebih lincah dan tahap responsif juga amat memberangs­angkan, sesuai untuk jiwa ‘muda’ pemandu. Sesuai dengan warna Soul Red Metallic, Mazda CX-3 menampilka­n gaya yang padat, dengan bahagian hadapannya ditampilka­n dengan gril yang sedikit lebar dengan bingkai krom di sekeliling, yang bersambung pada lampu utamanya.

Dari segi gaya luaran, Mazda CX-3 terkini terserlah menerusi gril krom kembar baharu, lampu kabus gelap, rekaan lampu belakang mirip CX-5 dan rim aloi 18-inci baharu.

Meskipun, tiada ciri bumbung suria, versi terkini SUV crossover ini tampil dengan ciri keselamata­n Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Pemantauan Titik Buta (BSM).

Memasuki ruang kabin, Mazda CX-3 baharu ini menerima beberapa pembaharua­n seperti corong pendingin hawa dengan jalur merah serta terdapat kemasan ala suede di panel papan pemuka.

Konsol tengah turut diubah dengan butang brek parkir elektronik (dengan Auto Hold), dan suis pemilih Sport Mode serta tombol kawalan MZD Connect diposisika­n semula.

Yang turut disertakan ialah perehat tangan dengan ruang simpanan barang di bawahnya, serta perehat tangan baharu di bahagian tengah untuk penumpang belakang dengan tempat letak cawan padanya.

Menambah keselesaan kepada pengguna, kadar NVH CX-3 ini turut diperbaiki dengan penggunaan panel pintu, cermin luar serta lapik bumbung yang lebih tebal.

Bagi aspek keselamata­n, Mazda CX-3 dilengkapi dengan kawalan kestabilan elektronik DSC, kawalan cengkaman, ABS dengan EBD dan Bantuan Brek, enam beg udara, syarat Kecemasan Berhenti (ESS), dan Bantuan Mula Mendaki (HSA).

Dari segi penggunaan bahan api pula, Mazda CX-3 menawarkan kecekapan yang baik iaitu sekitar tujuh liter bagi setiap 100 kilometer (km).

Aspek penting lain yang terdapat pada CX-3 seperti lampu utama LED automatik, lampu kabus hadapan dan lampu belakang, kemasukan tanpa kunci, butang pemula enjin, tempat duduk pemandu dengan larasan kuasa 10-hala bersama memori dan bilah pengelap cermin automatik.

Selain itu, ia lengkap dengan pendingin hawa zon-tunggal automatik, paparan head-up display berwarna, paddle shifter, cruise control, sistem infotainme­n MZD Connect dengan skrin sentuh tujuh-inci, sistem navigasi GPS, enampembes­ar suara dan kamera undur.

Mazda CX-3 juga dilengkapi dengan lima tahun waranti bersama tiga tahun servis percuma termasuk kos upah, alat ganti dan minyak pelincir.

Ia ditawarkan dengan enam pilihan warna, iaitu Soul Red Crystal, Ceramic Metallic, Machine Grey, Deep Crystal Blue, Jet Black Mica dan Snowflake White Pearl.

Lampu utamanya pula kelihatan lebih langsing dengan padanan LED, berbanding dengan reflektor halogen.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia