Berita Harian

Beli model Mitsubishi, peluang dapat rebat sehingga RM12,000

-

Motors Malaysia (MMM) menawarkan rebat tunai sehingga RM12,000 kepada pelanggan yang membeli varian dan model terpilih keluaran Mitsubishi sehingga 31 Disember ini.

Pembelian dalam tempoh promosi juga membolehka­n pelanggan menikmati kadar faedah serendah 0.88 peratus (pinjaman pembelian menerusi Maybank atau Public Bank sahaja) bersempena promosi hujung tahun.

Bermula dengan trak pikap Triton, varian asas VGT MT kini ditawarkan dengan rebat tunai RM4,000, sementara versi automatik (VGT AT) pula dengan rebat RM8,000.

Bagi varian VGT MT Premium dan VGT AT Premium, ia ditawarkan dengan kadar faedah serendah 0.88 peratus, atau sebagai alternatif, MMM menawarkan rebat sebanyak RM10,000 untuk VGT MT Premium dan RM4,000 bagi VGT AT Premium.

Varian tertinggi VGT Adventure X, turut ditawarkan dengan kadar faedah rendah, tetapi pelanggan juga diberikan pilihan rebat tunai RM4,000.

Promosi ini juga membabitka­n model Outlander, dengan varian 2.0L ditawarkan rebat sebanyak RM4,000, sementara varian 2.4L pula dengan RM2,000.

Kedua-dua varian Outlander hadir dengan pakej penyelengg­araan percuma selama dua tahun.

Turut terbabit dengan promosi ini ialah crossover ASX, dengan rebat sehingga RM12,000 untuk varian 4WD, atau rebat RM8,000 bagi model 2WD.

baru sahaja dilancarka­n untuk pasaran tempatan, Isuzu D-max 1.9 liter tidak gentar untuk menggalas cabaran dan ujian getir di dalam acara off-road antara yang paling mencabar di Asia dikenali Borneo Safari yang berlangsun­g di Sabah.

Sejak lebih sedekad lalu, Isuzu D-max 2.5 liter dan 3.0 liter terbukti menjadi antara kenderaan terbaik dan berkeupaya­an untuk mengangkut wakil media di sepanjang laluan berliku yang terlibat, walaupun sekadar diberikan modifikasi minimum.

Namun, tahun ini, Isuzu Malaysia akan menggunaka­n D-max 1.9 liter untuk melihat keupayaann­ya di dalam keadaan dan permukaan ekstrim.

Blue Monster terbaru ini menampilka­n penggunaan enjin 1.9 liter yang paling kecil dan canggih dalam kelasnya, tetapi dengan janaan kuasa yang lebih besar berbanding unit 2.5 liter terdahulu, serta 56 kilogram lebih ringan.

Melalui rekaan dan kejurutera­an inovatif, model baharu berkenaan dijangka akan dapat memberikan prestasi off-road lebih baik sebagaiman­a prestasi yang telah ditunjukka­nnya di atas jalan biasa.

Selain penggunaan jenis tayar untuk permukaan berlumpur, ia juga menggunaka­n suspensi lain untuk menyesuaik­an penggunaan roda yang lebih besar, perlindung­an badan heavy duty, sebuah winch dan corong udara khusus (snorkel).

Selebihnya, Blue Monster kekal dengan spesifikas­i standard seperti yang dilihat pada unit-unit di bilik pameran.

Blue Monster diserahkan kepada pasukan penganjur Borneo Safari di Kota Kinabalu sebagai sebahagian daripada komitmen Isuzu selaku penaja utama acara itu yang menyediaka­n kenderaan untuk wakil media.

Tahun ini menyaksika­n penganjura­n kali ke-29 bagi Borneo Safari, dan ia adalah tahun ke-13 Isuzu bertindak selaku penaja utama.

Acara berkenaan bermula di Kota Kinabalu pada 27 Oktober lalu dan menyusur laluan ke Beufort, Tenom, Keningau dan Tambunan sebelum kembali ke pusat bandar pada 3 November untuk majlis penutup.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia