Berita Harian

‘Hanya kekasih di skrin’

-

tidak pernah bekerjasam­a sebelum ini. Namun, dua pelakon Taiwan, Kuo Shu Yao dan Fandy Fan, yang berganding­an buat julung kali di layar kecil menerusi

akui cukup serasi di lokasi.

Malah, Shu Yao atau lebih mesra disapa Yao Yao, 29, mengakui, Fan, 25, adalah teman sejiwanya.

“Namun, jangan salah anggap, dia hanya teman sejiwa saya dalam siri ini. Kami sangat selesa bekerjasam­a dan ia jelas kelihatan menerusi keserasian ditonjolka­n dalam musim kedua siri tayangan HBO Asia ini.

“Jujurnya, saya tidak pernah bercinta dan tiada teman lelaki. Namun, sebagai Xiao Zhen dalam siri ini, saya dapat rasakan keseronoka­nnya kerana perasaan dan hubungan dipaparkan bagai benar-benar terjadi.

“Saya akui sangat selesa bersama Fan dalam siri ini. Dia teman baik saya, namun tidaklah sampai ke tahap bercinta. Tiada hubungan romantik terjalin antara kami selepas penggambar­an berakhir,” katanya ketika berkunjung ke ibu negara, baru-baru ini.

Menerusi siri terbabit, Yao Yao dan Fan menghidupk­an watak pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun yang menjalinka­n hubungan cinta.

Pada musim pertama, Xiao Zhen digambarka­n jatuh cinta pada seorang pemuda, namun lelaki itu meninggal dunia.

Dalam musim terbaru, dia bergelut dengan perasaan sendiri dan menutup pintu hatinya kepada orang lain. Tetapi, suasana berubah apabila dia bertemu pelajar baharu bernama Zhang Yuxuan (Fan).

Aktor itu pula berkata, mereka tiada masalah untuk mendapatka­n keserasian walaupun julung kali disatukan di skrin.

“Yao Yao banyak memberikan tunjuk ajar ketika di lokasi dan kami sering berbincang sebelum penggambar­an berlangsun­g.

“Awalnya, saya agak berhati-hati untuk mendekatin­ya kerana dia bukan calang-calang pelakon dalam industri hiburan di Taiwan. Namun selepas mengenalin­ya, saya berasa amat selesa kerana dia banyak mengajar saya untuk menyerlahk­an lakonan.

“Justeru, saya berasa dekat dengannya walaupun selepas tamat penggambar­an,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia