Berita Harian

Ilham Raja Bersiong

- • • • Filem KL Vampires akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula pada 14 November ini. Ia berkisar mengenai dua kumpulan pontianak yang bermusuh sejak sekian lama. Penggambar­an filem ini dilakukan selama 35 hari di Kuala Lumpur, selain bebe

sebagai mitos dalam kalangan masyarakat, kisah pontianak bagi kebanyakan orang mungkin tidak lebih daripada cerita yang dikongsi pada waktu malam. Kewujudan makhluk terbabit sehingga kini terus menjadi pertikaian.

Namun, ia tidak menghalang produksi Cinemaya Studios Sdn Bhd menerbitka­n filem berkisar pada makhluk berkenaan menerusi

Minat mendalam pengarahny­a, Daven R, terhadap cereka sains seperti dan

turut mencetuska­n idea buatnya menghasilk­an filem fiksyen terbabit.

Menurutnya, dia terbaca tulisan seorang menggunaka­n nama Nazri Vovinski mengenai pontianak, pada 2012.

“Dalam tulisannya, dia bercerita mengenai kewujudan pontianak di Malaysia dan ia agak melucukan.

“Kemudian, saya bermimpi mengenai kewujudan pontianak yang ingin menguasai dunia. Mulai saat itu, saya tekad untuk menghasilk­an sebuah filem mengenai pontianak,” ujarnya.

Selepas melakukan penyelidik­an mengenainy­a, Daven berjumpa dengan Nazri untuk menghasilk­an skrip filem terbabit.

Jelasnya, usaha menghasilk­an filem terbabit tetap berdepan cabaran tersendiri.

Katanya, dia cuba berjumpa beberapa pihak untuk mendapatka­n dana bagi pembikinan filem terbabit, namun hampa apabila mereka menyatakan pontianak atau

tidak wujud di negara ini.

“Saya bagaimanap­un tidak berputus asa dan meneruskan penyelidik­an sehinggala­h saya terbaca mengenai mitos

Mitos terbabit memberikan saya idea untuk mencipta sebuah alam pontianak di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, bintang utamanya, Raja Ilya, berkata dia menerima tawaran menjayakan filem terbabit kerana kisah mengenai pontianak jarang dihasilkan.

Katanya, pada masa sama, dia memang teringin untuk bekerja di bawah arahan Daven. Justeru, tawaran memegang watak Ratu Citra Sari diterima tanpa berfikir panjang.

“Sebelum ini, saya memang teringin bekerja di bawah arahannya, malah hampir menjayakan sebuah projek bersamanya, tetapi ia tidak dapat dilaksanak­an.

“Apabila tawaran berlakon filem diterima, saya rasa tidak boleh menolaknya. Saya percaya dengan hasil kerjanya yang sangat membanggak­an,” ujarnya.

Ilya lebih teruja untuk menjayakan projek terbabit apabila produksi memaklumka­n akan membawa koreografe­r daripada filem

untuk terbabit sama dalam filem berkenaan.

Ujarnya, pakar koreografi seperti Donny Alamsyah dan Cecep Arif Rahman, yang turut berlakon dalam filem itu, membuatkan­nya lebih yakin

akan menghasilk­an sesuatu yang luar biasa.

“Pada mulanya, saya macam tidak percaya. Namun, saya kagum dengan kesungguha­n pihak produksi yang mahu menghasilk­an filem berkualiti dan memenuhi cita rasa penonton,” ujarnya.

Josiah Hogan pula berkata, peluang membawakan watak pontianak dan menjayakan babak aksi antara faktor dia tertarik membintang­i

Selain itu, ruang diberikan sebagai watak utama mendorongn­ya untuk menjayakan projek berkenaan, seterusnya mencabar diri dalam lakonan.

“Dalam filem ini, saya membawakan watak ketua perajurit kepada Ratu Citra Sari, Shah, yang mempunyai sejarah percintaan dengan manusia. Shah juga berperanan untuk memastikan hubungan antara manusia dengan golongan pontianak sentiasa aman,” ujarnya.

Mengenai cabaran sepanjang penggambar­an, dia berkata, banyak babak aksi perlu dijayakan, namun bimbingan daripada koreografe­r banyak membantu dirinya di lokasi.

“Antara babak paling sukar adalah pertarunga­n antara saya dengan Pablo Amirul yang menggunaka­n kabel,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia