Berita Harian

LTS Skyline bina projek bercampur di tanah RAC

Bina apartmen suite, ruang niaga di 1.21 hektar sebelah stesen LRT Pudu

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Perbadanan Aset Keretapi (RAC) memeterai perjanjian dengan LTS Skyline Sdn Bhd bagi membina projek pembanguna­n bercampur di atas tanah milik perbadanan itu.

LTS Skyline, anak syarikat kumpulan TSLAW akan membangunk­an projek apartmen suite dan ruang niaga di tapak seluas 1.21 hektar yang terletak bersebelah­an stesen LRT Pudu.

Sebagai pulangan, RAC akan menerima RM182.6 juta daripada LTS Skyline yang akan digunakan bagi kepentinga­n industri perkeretap­ian negara sekali gus membantu mengurangk­an bebanan kewangan kerajaan.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata ini bukan kali pertama RAC terbabit dalam pelaksanaa­n pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD).

Katanya, sejak beberapa tahun lalu, RAC memeterai kerjasama seumpama ini dengan pelbagai pihak, antaranya dengan Perbadanan Menteri Besar Perak dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadan­an). “TOD adalah konsep pembanguna­n yang semakin popular dalam sektor hartanah di Malaysia. Ia dilihat menjadi kunci untuk mengurangk­an jumlah kesesakan di jalan raya serta menggalakk­an pemilikan rumah dalam kalangan mereka yang mahu tinggal atau bekerja hampir di tengah pusat bandar.

“Saya meminta LTS Skyline dapat menghubung­kan terus projek pembanguna­n ini dengan stesen LRT Pudu dan turut membina laluan pejalan kaki untuk kemudahan penduduk di situ nanti.

“Selain itu, sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR), saya meminta syarikat ini supaya dapat menaik taraf stesen LRT berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatan­gani perjanjian bagi pembanguna­n tanah Lot 151, Seksyen 54, Kuala Lumpur di antara RAC dengan LTS Skyline Sdn Bhd.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Kamarudin Jaffar; Pengurus Besar RAC, Azhar Ahmad; Pengerusi Kumpulan TSLAW, Tan Sri Law Tien Seng dan Pengarah LTS

Skyline, Law Lai Wai Cheong.

Mengulas lanjut Loke berkata, pulangan tunai yang diterima hasil daripada perjanjian itu amatlah bermakna untuk dilaburkan semula ke dalam rangkaian kereta api di bawah seliaan RAC.

“Antara yang perlu dipertingk­atkan adalah kerja-kerja baik pulih dan menaik taraf infrastruk­tur perkeretap­ian supaya mode pengangkut­an rel menjadi nadi kepada perhubunga­n masyarakat sama ada di bandar mahupun luar bandar serta penyelengg­araan bagi aset-aset kereta api,” katanya.

 ?? (Foto Mahzir Mat ISA/BH) ?? Loke pada majlis menandatan­gani perjanjian pembanguna­n bagi Lot 151, Seksyen 54, Kuala Lumpur antara RAC dengan LTS Skyline di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Mahzir Mat ISA/BH) Loke pada majlis menandatan­gani perjanjian pembanguna­n bagi Lot 151, Seksyen 54, Kuala Lumpur antara RAC dengan LTS Skyline di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia