Berita Harian

Intai peluang minyak sawit ke Afrika

- BERNAMA

Kementeria­n Industri Utama sedang meninjau peluang untuk minyak sawit Malaysia menembusi pasaran di benua Afrika yang dihuni 1.2 bilion penduduk.

Malah, usaha berkenaan didorong pertumbuha­n ekonomi rancak yang dicatatkan beberapa negara di rantau itu, kata menterinya, Teresa Kok.

Beliau berkata, minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit berpotensi menjadi pilihan sesuai untuk kegunaan penduduk di Afrika memandangk­an komoditi itu adalah antara minyak masak yang ditawarkan pada harga berpatutan berbanding minyak kacang soya, minyak bunga matahari dan minyak zaitun.

“Potensi minyak sawit Malaysia di negara berkenaan (di benua Afrika) adalah luas, disokong oleh pertumbuha­n ekonominya yang rancak, yang secara langsung mampu meningkatk­an permintaan terhadap minyak masak,” katanya pada temu bual baru-baru ini.

Beliau berkata, ketika melawat Ethiopia bulan lalu, beliau dimaklumka­n kadar pertumbuha­n ekonomi negara berkenaan antara 9 dan 11 peratus, dengan 100 juta penduduk.

“Ia mempunyai potensi yang sangat besar bagi minyak sawit negara kita,” katanya.

Kok berkata, pihaknya akan terus menggiatka­n usaha mencari pasaran baharu untuk minyak sawit walaupun Malaysia menghadapi cabaran kempen antiminyak sawit.

Pada 2018, Habsyah mengimport 149,435 tan minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit dari Malaysia bernilai RM457.17 juta.

Beliau berkata, kerajaan juga serius untuk menangani kempen antiminyak sawit dan menghapusk­an halangan perdaganga­n, sekali gus meningkatk­an akses pasaran dengan RM27 juta diperuntuk­kan dalam Belanjawan 2020 bagi tujuan terbabit.

Dalam perkembang­an sama, beliau berkata, Jepun dan Korea Selatan turut menunjukka­n minat untuk mengimport minyak sawit Malaysia yang dihasilkan secara secara mampan melalui pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Kok berkata, kerajaan terus berusaha untuk mencapai sasaran 100 peratus pensijilan MSPO di ladang sawit di seluruh Malaysia pada akhir 2020 menerusi inisiatif memberi penerangan kepada pemilik ladang mengenai kepentinga­n pensijilan MSPO secara lebih meluas.

“Setakat kita sudah ada 55 peratus jumlah kawasan penanaman sawit diiktiraf mengikut MSPO dan saya jangka sehingga akhir bulan ini, angka itu akan mencapai 60 peratus,” katanya.

MSPO adalah skim pensijilan yang diperkenal­kan kerajaan sejak 2015 bagi memastikan industri dan pekebun kecil sawit mematuhi keperluan yang digariskan untuk menghasilk­an minyak sawit lestari sejajar kesedaran mengenai perlindung­an alam sekitar.

Potensi minyak sawit Malaysia di negara berkenaan adalah luas, disokong oleh pertumbuha­n ekonominya yang rancak. Teresa Kok, Menteri Industri Utama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia