Berita Harian

FBM KLCI naik 0.40 mata

Bursa Malaysia ditutup tinggi, dalam zon positif

-

Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan positif selepas dagangan dalam jajaran kecil untuk ditutup tinggi, didorong oleh sokongan institusi.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.40 mata kepada 1,609.73 daripada 1,609.33 semasa ditutup kelmarin.

Indeks utama dibuka rendah 2.24 mata kepada 1,607.09 dan bergerak antara 1,606.02 dan 1,614.19.

Di pasaran lebih luas, jurang antara kaunter untung dan kaunter rugi berkuranga­n kepada 419 berbanding 412, dengan 449 kaunter tidak berubah, 713 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Penganalis­is berkata, indeks sebahagian besarnya disokong oleh institusi tempatan, manakala pelabur asing dan runcit kekal tidak memasuki pasaran, berikutan mereka menunggu pengumuman mengenai data ekonomi utama minggu depan.

“Data ini akan menjadi penanda aras mengenai prestasi ekonomi tempatan walaupun menghadapi cabaran dalam persekitar­an global, dan ia akan menentukan hala tuju pasaran,” katanya.

Kadar penganggur­an dan data mengenai pengeluara­n perindustr­ian akan diumumkan pada Isnin (11 November), diikuti data jualan runcit pada Selasa, serta Keluaran Dalam Negara Kasar suku ketiga 2019 dan data akaun semasa pada Jumaat.

Bagi saham wajaran tinggi, kaunter perbankan antara yang mencatat prestasi baik, dengan Maybank dan Public Bank, masing-masing naik lapan sen kepada RM8.83 dan RM19.94, manakala CIMB Group menambah 10 sen kepada RM5.40, Petronas Chemical meningkat lima sen kepada RM7.65, dan Axiata menokok tujuh sen kepada RM4.37.

Daripada saham aktif, Sapura Energy naik 2.5 sen kepada 29.5 sen, manakala Spring Art yang baru disenaraik­an di pasaran, Trive Property dan NETX, masing-masing tidak berubah pada 25 sen, 1.5 sen dan dua sen.

Bagi kaunter paling untung, Vstecs meningkat 19 sen kepada RM1.25, Shangri-la hotels melonjak 29 sen kepada RM5.29, serta Dufu Technology dan Tasek Corporatio­n, masing-masing naik 13 sen kepada RM2.94 dan RM5.50.

Kaunter paling rugi didahului oleh Nestle yang susut RM1.20 kepada RM145.70, diikuti Kuala Lumpur Kepong yang merosot 40 sen kepada RM22.50 dan United Plantation yang berkuranga­n 30 sen kepada RM25.58.

Indeks FBM Emas naik 6.34 mata kepada 11,395.72, Indeks FBMT 100 meningkat 5.01 mata kepada 11,207.06 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 26.02 mata kepada 11,893.78.

FBM Ace berkuranga­n 6.37 mata kepada 4,980.41 dan FBM 70 naik 15.34 mata kepada 14,102.56.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan menambah 80.14 mata kepada 15,771.55, Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an meningkat 0.06 mata kepada 154.95 dan Indeks Perladanga­n susut 23.60 mata kepada 6,875.15. BERNAMA

Data ini akan menjadi penanda aras mengenai prestasi ekonomi tempatan walaupun menghadapi cabaran dalam persekitar­an global, dan ia akan menentukan hala tuju pasaran. Penganalis­is

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia