Berita Harian

Undang-undang tegas berkesan tangani ‘mat lajak’

Polis cari kaedah terbaik ambil tindakan terhadap ibu bapa

- Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bharian.com.my

Kuala Lumpur: Polis memerlukan undang-undang lebih ketat bagi mengekang kegiatan basikal lajak yang dilihat boleh mengundang bahaya kepada ‘mat lajak’ itu sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Selain itu, polis juga sedang mencari kaedah terbaik untuk mengatasi perkara itu selain menggunaka­n undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap ‘mat lajak’ serta ibu bapa mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, pihak polis akan menguatkua­sakan undang-undang sedia ada untuk mengawal isu berkenaan mengikut alasan dan justifikas­i kami.

“Sebagai agensi penguatkua­sa, pihak polis memerlukan undang-undang yang ketat bukan sahaja untuk isu basikal lajak, malah isu-isu lain yang boleh menjejaska­n ketenteram­an awam serta kesejahter­aan masyarakat.

“Untuk basikal lajak, perkara itu khususnya berkaitan dengan keselamata­n jalan raya. Justeru kita akan melihat kepada undang-undang yang boleh mengekang isu ini, serta isu-isu sampingan lain yang timbul,” katanya.

Beliau sebelum itu menghadiri upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaia­n Sijil Program Latihanasa­s Kepolisan (PLAK) Kadet Inspektor Bilangan 5 Siri 1/2019 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini, semalam.

Kata beliau, pihak polis akan menjalanka­n kajian dan perbincang­an di pelbagai peringkat bagi mencari kaedah terbaik untuk mengatasi isu basikal lajak selain memerlukan undang-undang lebih ketat.

Seramai 170 pelatih Kadet Inspektor yang berjaya menamatkan latihan menyertai perbarisan tamat kursus asas kadet pada upacara perbarisan itu.

Kadet Inspektor Amirul Syfiq Mohd Noor diumumkan sebagai peserta terbaik keseluruha­n latihan, manakala Kadet Inspektor Nur Fakhira Mat Radzri diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Akademik.

Pada upacara berkenaan, Kadet Inspektor Muhammad Firdaus Ab Aziz diumumkan sebagai Pelatih Latihan Luar Terbaik (Lelaki) dan Kadet Inspektor Siti Najwa Rashid pula diumumkan Pelatih Latihan Luar Terbaik (Wanita).

Untuk basikal lajak, perkara itu khususnya berkaitan dengan keselamata­n jalan raya. Justeru kita akan melihat kepada undangunda­ng yang boleh mengekang isu ini, serta isu-isu sampingan lain yang timbul. Mazlan Mansor, Timbalan Ketua Polis Negara

 ?? (Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) ?? Mazlan pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Kadet Inspektor Bil 5 Siri 1/2019 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) Mazlan pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Kadet Inspektor Bil 5 Siri 1/2019 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia