Berita Harian

693,305 jawatan kosong diperinci

-

Putrajaya: Kementeria­n Sumber Manusia memperinci­kan kekosongan pekerjaan di seluruh negara membabitka­n 693,305 jawatan, iaitu 50,326 bagi siswazah dan 642,979 kategori pekerjaan bukan siswazah.

Berdasarka­n statistik Portal Jobsmalays­ia, kekosongan aktif bagi kategori tinggi sehingga 31 Ogos 2019 ialah pengurusan membabitka­n 6,348 kekosongan, profesiona­l (21,034) serta juruteknik dan profesiona­l bersekutu (22,944).

Bagi kategori sederhana, perkerania­n merekodkan 6,622 kekosongan jawatan, perkhidmat­an dan jualan (25,586) serta pekerja mahir pertanian, perhutanan dan perikanan (1,083) sepanjang tempoh dinyatakan itu.

Kekosongan aktif bagi kategori rendah pula ialah pekerja pertukanga­n dan yang berkaitan (21,421), operator, loji, mesin dan pemasang (99,029) serta pekerja asas (489,238).

Dari Januari hingga Ogos 2019, seramai 270,288 orang pendaftar aktif terdiri 197,193 siswazah dan 73,095 bukan siswazah telah mendaftar sebagai pencari kerja.

“Penempatan pencari kerja keseluruha­n pada tahun 2018 iaitu, seramai 168,677 orang pencari kerja yang terdiri 47,073 siswazah dan 121,604 bukan siswazah.

“Bagi tahu 2019 pula, sehingga Ogos 61,871 pencari kerja ditempatka­n dalam pelbagai sektor pekerjaan,” katanya.

Kementeria­n Sumber Manusia menjelaska­n Survei Guna Tenaga Suku Tahunan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mencatatka­n jumlah penjawatan sektor swasta meningkat 145,000 jawatan berbanding suku tahun terdahulu.

Katanya, pada suku kedua tahun lalu, sejumlah 8,474,000 jawatan direkodkan berbanding bagi tempoh sama tahun ini yang mencecah 8,619,000 jawatan.

“Ia menunjukka­n peningkata­n 145,000 penjawatan yang diwujudkan bagi tempoh sehingga suku kedua tahun ini,” katanya.

Berdasarka­n Laporan Penyiasata­n Tenaga Buruh, DOSM, kadar penganggur­an pada Ogos 2019 mencatatka­n 3.3 peratus berbanding 3.4 peratus pada Ogos 2018, iaitu seramai 525,000 orang.

“Daripada jumlah itu, mempunyai kelulusan akademik tertiari iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan diploma ke atas, iaitu seramai 158,400 orang.

“Statistik Utama Tenaga Buruh pada Ogos 2019 mencatatka­n 15,185,800 orang bekerja berbanding 14,896,500 orang pada tempoh sama tahun lalu.

“Ini menunjukka­n pertambaha­n 289,300 orang guna tenaga bekerja yang berusia 16 hingga 64 tahun dalam tempoh berkenaan,” katanya.

 ?? (Gambar hiasan) ?? Karnival kerjaya antara platform memudahkan orang ramai mencari kerja.
(Gambar hiasan) Karnival kerjaya antara platform memudahkan orang ramai mencari kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia