Berita Harian

Pelaku ‘sextortion’ dikesan sasar kanak-kanak, remaja

Modus operandi perdaya mangsa hantar gambar, video tidak senonoh

- Wanti@bh.com.my

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan wujudnya kegiatan pemerasan seksual atau sextortion yang menyasarka­n kanak-kanak dan remaja di negara ini sebagai penyumbang gambar atau video pornografi mereka.

Modus operandi pelaku sextortion adalah memperdaya mangsa untuk menghantar gambar atau video menghairah­kan sebelum mengugut untuk menyebarka­n bahan berkenaan jika mangsa enggan mematuhi arahannya.

Penolong Pengarah Bahagian

Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Superinten­dan Siti Kamsiah Hassan, berkata kegiatan itu mula dikesan selepas PDRM dihubungi Polis Antarabang­sa (Interpol) mengenai penemuan siasatan mereka terhadap kes seorang pelaku sextortion berusia 30-an dari Taiwan.

“Kejadian berlaku baru-baru ini dan suspek sudah ditahan, namun hasil serbuan pihak polis di negara itu mengejutka­n apabila suspek dikesan menyimpan puluhan gambar tidak senonoh kanak-kanak dan remaja perempuan, termasuk dari Malaysia dipercayai berusia antara 12 tahun hingga 17 tahun.

“Berdasarka­n siasatan, polis negara itu percaya ramai remaja menjadi mangsa suspek dan polis turut menemui Mykad milik seorang remaja perempuan dari Malaysia dalam simpanan suspek.

“Hasil maklumat Mykad terbabit, PDRM kemudian dapat menjejaki remaja perempuan berusia 17 tahun,” katanya kepada BH.

Siti Kamsiah berkata, mangsa yang pada awalnya terkejut kemudian menceritak­an dia mengenali suspek menerusi Facebook dan suspek mendakwa boleh mengatur pertemuan dengan artis K-pop yang amat diminati remaja itu.

“Suspek menyamar perempuan mendakwa dirinya orang yang mempunyai hubungan dengan artis berkenaan dan pada awalnya meminta mangsa merakam perbuatann­ya yang membuka pakaian dan rakaman itu perlu dihantar kepadanya sebelum dibenarkan menyertai ahli kelab artis berkenaan.

“Suspek kemudian meminta mangsa melakukan aksi lebih menghairah­kan dan selepas berasa tidak selesa dengan permintaan itu, suspek mengugut akan menyebarka­n rakaman yang pernah dikongsi jika mangsa enggan memenuhi arahannya itu,” katanya.

Siti Kamsiah berkata, dalam siasatan kes berasingan, polis turut mengesan mangsa remaja perempuan dari Macau yang mendakwa menjalin hubungan cinta secara dalam talian dengan suspek yang berasal dari Malaysia.

“Atas dasar cinta, suspek kemudian menagih gambar tidak senonoh mangsa, tetapi mangsa kemudian semakin tertekan apabila suspek mengugut menyebarka­n gambar tidak senonohnya jika tidak menghantar gambar baharu yang lebih ‘panas’.

“Mangsa ketakutan terpaksa berterusan memenuhi permintaan suspek kerana bimbang aib dirinya akan tersebar,” katanya.

Walaupun kegiatan itu baru dikesan, polis percaya trend sextortion menular berdasarka­n media sosial seperti menjadi budaya interaksi yang berleluasa dalam kalangan remaja di negara ini.

Beliau berkata, maklumat diterima menunjukka­n banyak capaian dibuat ke laman web pornografi kanak-kanak oleh pemilik alamat IP di negara ini.

“Di negara ini, polis turut menyiasat beberapa kes dua kegiatan sextortion yang menyasarka­n kanak-kanak remaja perempuan dan membabitka­n suspek berusia dalam lingkungan 20-an.

“Kebanyakan mangsa malu untuk tampil membuat laporan polis menyukarka­n pihak berkuasa menjejaki suspek serta mengekang kegiatan ini.

“Tindakan mangsa memadam semua pesanan termasuk imej bergambar atau video dikongsi menyebabka­n kemusnahan keterangan dan melemahkan lagi siasatan,” katanya.

Beliau meminta ibu bapa supaya memantau kegiatan anak di internet bagi mengelakka­n diri mereka terjebak dengan anasir jenayah seperti ini.

 ??  ?? Siti Kamsiah Hassan
Siti Kamsiah Hassan
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia